Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 6 Feb 1933, p.6

Surat Kiriman.

Tolonglah Bangsa Sendiri.

Kalau tidak kita menolong bangsa kita siapakan akan memberi pertolongan kepada bangsa kita? Bangsa asing jangan diharap! Mereka seboleh-bolehnya hendak membinasakan kita supaya kita segera lari ke dalam rimba menjadi orang liar.

Menolong bangsa bukan artinya keluarkan wang dari kocek berikan kepada siapa yang kekurangan wang dan supaya ia senang berbelanja besar, menolong bangsa artinya, tolonglah majukan perusahaan bangsa sendiri, barang-barang yang telah kita kehendaki kalau ada di kedai bangsa kita naik darjah perasaan hasad memikirkan kaya, aku apa dapat? Kalau perasaan itu belum dapat dibersihkan tidaklah guna kita berbangsa dan berugama.

Pada masa sekarang beruntunglah bangsa kita kerana telah banyak bangsa kita telah menceburkan diri ke dalam kalangan perniagaan, kedai barang-barang ((tempat percetakan, jual benzoin, jual telur ayam, jual sayur, tempat memperbaiki motokar rosak, kedai gunting dan lain-lain)). Kaum kita yang ada keperluan dengan hal yang tersebut. Eloklah pada kepunyaan bangsa kita itu, bahkan ia pun suatu penutup pintu bagi bangsa dagang menyeru negeri kita ini.

Fikiranlah baik-baik, ayuhai kaumku!!!

A.B.H.