Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 2 Sep 1935, p.10

General Article.

Siapakah Yang boleh Kasihkan Tanahair?

Cina dan Keling.

Tulisan yang di atas ini tidaklah kita mengaku dengan bersih akan maknanya yang hak sekali sekadarkan pandangan selapis luar sahaja. Sungguh pun demikian, sudilah Tuan-Tuan yang budiman menungkan banyak kali tulisan kasihkan tanahair ini dikemukakan di suratkhabar-suratkhabar Melayu maknanya biar kaum Melayu turut seperti tulisan itu.

Tetapi apa yang kita ketahui, hanya belum tinggi peratus lagi baru hendak mencontoh-contoh sahaja lemah dan kebanyakan gelap mata dengan sedikit wang dari pemberian lain bangsa. Contohnya dalam kampung-kampung Melayu di sebelah darat pada mulanya Cina itu menyewa setapak pendirian sepintu kedai dan berniaga sedikit modal hati Cina memang kasih kepada tanah dan perniagaan, tanah yang sekeliling kedai itu dengan percuma sahaja buat tanaman sirihnya, ladanya, keladinya, ... walhal tanah itu tak masuk dalam lingkungan sewa kedai itu, siapa cerdik? Jadi dengan jualan sirihnya itu dapatlah ia membayar sewa tanah itu sebilang bulan. Di situ belum juga kaum kita tampak budi tanahnya yang sebesar-besar nikmat itu.

Ya! Cina dan Keling juga jelas mempercayakan balasan kasihkan tanahair. Bermaknalah dengan perlahan-lahan Cina dan Keling lebih semangat menerima lazat kekayaan tanah dan wang di Malaya ini, berertilah bagaimana ia kasihkan tanah Tongsan, Indianya, begitulah di Semenanjung ini. Sayangnya sebagai tempat perulangan mencari kelabaan sahaja. Tanah pesaka Melayu banyak terlepas dari tangan. Boleh dipercayai tiap-tiap kaum dari Tongsan dan India datang ke Malaya ini maksudnya menambah kekayaan, manakala sampai masanya, akan balik ke negerinya; ada sahaja wangnya -- Cabut!!

Kadang-kadang tak cukup belanja, tinggallah dahulu anak bininya di Malaya, ia mesti pulang negeri juga walaupun sebulan dua di negerinya. Begitulah kuat kasihan bukan jadi bandingan anak bini dengan tanahairnya. Hal ini jika hendak ditulis lanjut, sangat dapatlah Tuan-Tuan perhatikan lebih jauh lagi.

Satu kedapatan lagi, bangsa-bangsa itu adalah tempat pencariannya di Malaya; dan nikmat Malaya dikirimkannya ke sana. Akhirnya ia kaya raya senang lenang pulang tempat asal tumpah darahnya. Sama-sama bekerja pada seekar tanah baru antara Melayu dengan Cina atau Keling kita tak fikir Melayu dapat melawan bangsa itu. Hasil kebun dan kebersihan boleh kata ia mencapai dahulu. Di situlah kita dapat mengukur darah kebangsaan kaum Melayu belum bersih lagi selalu tersumbat segala kekurangan yakinnya.

Setinggi-tinggi tuah, sebesar-besarnya rahmat kaum Melayu di Malaya semasa ini, dapat naungan pemerintah yang adil. Beberapa pegawai-pegawai Eropah memandang kasih kepada Melayu, apa lagi pegawai-pegawai bangsa sendiri. Dengan jalan asuhan dari pegawai-pegawai yang luas fikiran dan dalam pengertiannya, mudah-mudahan berubah corak, berubah langkah, dengan masa yang telah lalu. Binalah semangat Melayu buat sebagai tubuh yang cantik molek memberi riwayat yang mengharumkan nama Melayu. Kita yakin dengan tidak berapa jauh masanya lagi Melayu akan pulih semangatnya balik.

Kekayaan Melayu kita harap biarlah tinggal di Malaya juga. Buat seperti mana kaum dagang itu taat dan lebih kasih tanahairnya.

Salam dari

Dimnah.

28 August.