Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 23 Dec 1935, p.8

General Article.

Perekonomian Orang Melayu Dengan Kemajuan.

Banyak payah, mesti kita kuat sabar dan yakin tentang mengumpulkan wang bagi persediaan itu. Jika tiada melepas juga kita di sini perekonomian kaum kita Melayu hendak diamalkan oleh laki-laki dan perempuan. Jika orang laki-laki sahaja, tiada boleh berapa maju pada masa ini. Ada beberapa banyak pegawai-pegawai kerajaan laki-laki di dalam negeri ini kerana mengajar kaum laki-laki kita berjimat dan cermat.

Saya harap tiada berapa lama lagi, di dalam masa yang akan datang kita boleh mendapat beberapa orang perempuan menjadi pegawai-pegawai yang semacam itu, yang akan menasihat Kaum Ibu kita kelak.

Di bawah ini ada satu dalil menunjukkan Kaum Ibu kita sudah berlatih-latih kepada jalan jimat dan cermat daripada kecil lagi dengan asuhan guru-gurunya. Patut kita angkat tabik kepada guru-guru itu. Inilah satu pekerjaan yang amat baik dijalankan pada tiap-tiap sekolah Melayu baik sekolah perempuan atau laki-laki.

Di Sekolah Gadis Setapak, Kuala Lumpur, ada 120 murid, 91 orang daripadanya sudah belajar berjimat dan cermat. Jumlah wang yang sudah disimpan oleh mereka itu $200 daripada ini, $200 sudah di simpan di dalam Post Office.

Daripada perkhabaran saya dengar ada beberapa banyak sekolah-sekolah Melayu di dalam Pahang dan Selangor yang telah memajukan perjalanan semacam ini.

Terima kasih.

Maaf dan Wa-salam.