Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Dec 1934, p.443-445

Feature Article.

Beberapa Rahsia Perniagaan Tersembunyi dalam Fikiran Orang yang Lebih Maju dalam Berniaga.

Getah telah berkupon dan naik dengan harga yang sederhana, bijih timah pun telah berharga lebih daripada biasa. Beberapa mata pencarian orang ramai sudah banyak terbuka di sana sini. Kuli-kuli India yang selama hari dihantar ke negerinya itu pada masa ini dijemput balik dan setengahnya sudah sampai ke Tanah Melayu ini.

Jika melihat keadaan yang bagitu kita mengertilah yang Tanah Melayu kita telah mula mengibar-ngibarkan bendera kelapangan mata wang dan menggerak-gerakkan perahu bekerja di kuala-kuala sungai negeri besar.

Kesenangan itu bukan dengan pengetahuan kita yang mana di sini sahaja, tetapi terdengan juga kepada bangsa-bangsa asing yang memang terangan-terangan hendak sampai ke Tanah Melayu kita ini. Tanah Melayu ini dipandang oleh bangsa yang lain sebagai syurga kesenangan jika dibandingkan dengan keadaan di negerinya masing-masing.

Maka daripada apa yang kita sebut itu bermaknalah juga yang negeri ini orangnya telah ramai lagi daripada tahun 1933 yang lalu, ataupun tahun 1934 akan habis tentulah pula tahun 1935 akan bertambah ramai lagi daripada masa ini.

Daripada punca kesenangan dan keramaian manusia yang tinggal di dalam negeri ini telah menerbitkan beberapa fikiran yang halus di dalam tiap-tiap pancaindera orang yang mencari wang terutama ahli perniagaan.

Kita harus jangan tidur lenyak dan wajib diperhatikan apa yang akan jadi di sisi orang-orang kita Melayu rajin tiada sedar ia apa yang akan jadi di kelilingnya tetapi menjerit mereka itu manakala api nyala besar di sisinya. Oleh itu sebelum kita orang Melayu lupa elok kita ingatkan:

1. Perhatilah pada tiap-tiap buah kedai di dalam Bandar yang besar-besar yang telah ditutup masa angin meleset kuat bertiup kelmarin itu pada masa ini sedang dibuka oleh beberapa ramai orang kaya-kaya. Di situ boleh kita camkan mereka-mereka bangsa asing itu sudah mula menjangka hingga mana makmurnya negeri ini akan tiba mereka bersedia sebelum kemakmuran itu sampai yakni dia menyediakan payung sebelum hujan. Kedai-kedai yang dibukanya itu nampaknya semua daripada aturan-aturan yang baharu hingga tahun mereka itu berugi-rugi tidak kurang 15 atau 10 ribu ringgit di dalam pemandangan kita kedai-kedai yang baru dibuka ini betullah sia-sia sahaja kedai itu terbuka dengan sekaligus berpuluh-puluh pintu dan tiada pula laku sehari lima ringgit.

Akan tetapi, sangkaan kita yang begitu rendah dan sudah itu amat ditertawakannya iaitu manakala dibukakannya sukatan keuntungannya jika jadi di masa musim senang yang akan tiba ini. Oh! Oh! Oh! Jauh tampaknya dan jauh masanya mereka itu mengagak perbuatannya yang dilakukannya pada masa ini, rupa-rupanya mereka itu tidak berharap akan faedah dengan serta merta -- tetapi lambat. Kemudian daripada itu, baharulah kita tau bahasa sekalian pekerjaan dan susah payah serta rugi laba bangsa asing yang mula-mula itu ada tujuannya di belakang layar.

Cuba lihat kedai-kedai yang dibukanya baru di pekan-pekan besar itu: kedai getah, kedai motokar, kedai bunyi-bunyian ((radio)), kedai kopi, kedai barang-barang makanan, kedai membaiki enjin-enjin, dan lain-lain lagi. Maka sekalian kedai-kedai itu amatlah terang sekali jika takdir bangkitlah semula kesenangan wang Tanah Melayu ini seperti dahulu, maka tak dapat tiadalah kedai-kedai yang seperti itulah akan meneguk segala mata wang orang Melayu yang ingin bermotokar, yang ingin rumahnya ada radio, dan sebagainya itu. Orang-Orang Melayu sudah jadi satu adat berkehendakan segala yang baru pula manakala ada wang dan barang baru.

2. Perhatikan jugalah segala Cina dan orang-orang India masa ini sedang berbuat-berbuat baik dengan orang kampung hendak membuat kedai-kedai pada ceruk-ceruk kampung. Beberapa ramai mereka itu telah merugi-rugikan wang buat memujuk-mujuk orang Melayu supaya orang Melayu percaya akan mereka itu dengan nama baik jalannya yang begitulah wajib kita perhatikan benar akan politik mereka mencari wang: adalah itu membentuk kail ikan paya yang diagaknya. Oleh itu bagi kita orang Melayu wajiblah ingat teladan yang sulit dan perangai cerdik mencari wang serta sukat menjangka keuntungan apa yang akan jadi masa datang ini elok benarlah dipakukan oleh kita orang Melayu di dalam hati.

Kita Boleh Buat:

Kita rasa tidakkan menjadi keberatan sangat jika sekiranya tentang membuka-buka di kedai kampung yang seperti itu dilepaskan juga lagi kepada bangsa-bangsa asing. Kerana ada satu jalan yang lebih senang dan boleh dibuat oleh orang Melayu sesama sendirinya dengan jalan mengadakan perkongsian seperti yang lazim dilakukan oleh orang yang telah mengadakan syarikat orang Melayu baik bujang atau yang sudah beristeri eloknya mestilah bekerjasama ada sendiri atau bekerja pada kerajaan, artinya buan tak semuanya meninggalkan merata-rata kampung itu.

Angkat pengurusnya dan angkat seorang penolongnya yang akan mengelolakan kedai itu. Yang kita tahu pada masa ini ada beberapa buah kedai baik di Selangor, negeri sembilan, perak, dan lain-lain tempat dalam Semenanjung ini yang telah mencuba membuat syarikat yang demikian dan telah beberapa buah kedai bangsa-bangsa asing itu yang telah tumbang. Mana-mana yang masih hidup itu pula telah cuba memujuk-mujuk orang Melayu supaya bersama-sama dan berkongsi dengannya. Ini dengan terang dan terus wajib kita jalankan sebelum masa kesenangan yang betul limpah di Tanah Melayu ini akan jadi, dan semasa orang-orang Cina sedang pinang itu kita peletokkan betul-betul lehernya biar terbuntang matanya.

Jika ia tahu mencuri fikirannya hendak meneguk keuntungan yang seakan tiba, apa salahnya kita pintas lebih dahulu fikirannya dan simpan dalam poket kita?

Jangan selama hari ini fikirannya kita orang Melayu bodoh dan boleh dipeletok-peletokkannya seperti sayur batang keladi.

Masa ini yang kita fahamkan benar-benar adalah orang Cina itu sangatlah cemburunya dengan kita orang Melayu dalam hal berniaga terkadang-kadang penulis sendiri mendengar; jika ia berjumpa orang Melayu membuka kedai-kedai kecil di kampung tempat langgannya maka terus ia berkata: itu orang membuka kedai main macam budak-budak perempuan main masak-masak nasik tanah!

Ya! Itu perkataan yang harus kita ketepikan -- perkataan yang pedih, perkataan yang berisi racun! Kemahuannya biar kita jangan buat satu pun asalkan mahu beli dikedainya -- oleh itu hendaklah kita ingatkan adalah mereka itu ((Cina)) ialah satu bangsa seperti pacat yang hendak menghirup darah orang Melayu. Fikiran kita yang selalu kecil itu hendaklah besarkan dan pekerjaan kita yang selalu tergalang itu hendaklah teruskan -- peduli apa?

Keris Melayu.