Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Apr 1935, p.142-143

General Article.

Untuk Bacaan Murid-Murid Sekolah Melayu.

Putera Semenanjung tidaklah boleh dikatakan kurang daripada tiga puluh tahun lamanya telah didik dari sekolah-sekolah Melayu khasnya di dalam selama itu berapakah ramai murid-murid tuanya?

Sebarang tentulah bilangan itu hampir-hampir boleh memenuhi sebuah negeri sekurang-kurangnya sebanyak rakyat negeri sembilan -- jika tidak boleh menyamai dengan rakyat Selangor atau lain-lain negeri.

Begitu ramai murid-murid tua yang telah tamat dengan pelajarannya di sekolah-sekolah Melayu adakah pengetahuannya itu memberi pertolongan sebagai pedoman?

Di dalam hitungan sedikit benar yang pengetahuan memberi [...] ((H.G. Wells)) telah berkata dikatakannya "Tawarikh Dunia" ((The History of the World)) yang dunia ini hanya terselamat daripada huru-hara peperangan jikalau sekalian manusia mengikut pergerakan Islam, iaitu pergerakan keamanan. Amalan yang mana iaitu membuat kebajikan kepada dunia am. Jikalau semangat berdarah kebangsaan yang jahat masih lagi berumbi di hati manusia satu peperangan dunia yang terlebih dahsyat daripada peperangan dalam Tawarikh manusia tak dapat tidak akan berlaku.

Bagi pihak bangsa kita Melayu.

Sungguhpun kita telah membukakan segala bahaya perasaan darah kebangsaan, akan tetapi kita tidak sekali-kali bercita hendak menghapuskan semangat kebangsaan bangsa kita Melayu yang aman* kita percaya belum sampai begitu berakar dan berumbi di hati bangsa kita. Kita berharap pergerakan yang berkebangsaan bagi penanjur-penanjur bangsa kita tiada tersekat oleh sesuatu fikiran yang melemahkan perasaan kebangsaan, kerana kita mesti mengikut giliran masa kita pula.

Allah Peliharakan Sultan-Sultan Pemerintahan dan bangsa Melayu!