Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Jan 1935, p.25-26

Feature Article.

Pengakap-Pengakap Tanah Melayu Belayar ke Australia.

51 orang pengakap-pengakap dari Semenanjung telah belayar dengan kapal-kapal S.S. Centaur, dari Singapura pada 11 haribulan December 1934. Sebelum mereka belayar pada 10 haribulan December, mereka telah dilawati oleh Tuan Yang Terutama Sir Shenton Thomas di Padang Lumba Kuda Lama.

Tuan Yang Terutama telah menasihatkan mereka itu supaya menjaga kelakuan mereka dan menjaga nama Semenanjung Tanah Melayu.

Mr. R.K.S. Adams, Singapura, iaitu seorang Australian telah dipilih menjadi ketua dan pemandu pasukan dari Malaya. Encik Muhammad Salleh bin Haji Sulaiman Pegawai Jajahan Kuala Langat Selangor, telah dijadikan Scout Master dan Tengku Ahmad Temenggong pegawai jajahan Pasir Mas, Kelantan, dijadikan Penolong Scout Master.

Sekalian mereka itu memakai suatu Passport sahaja, pengakap-pengakap Melayu di dalam kumpulan itu telah diberi kebenaran yang khas akan pergi Sembahyang Hari Raya di Masjid Melbourne pada 7 haribulan Januari, dan pas masa itu mereka akan memakai pakaian secara Melayu.

Tempat perkhemahan mereka itu ialah di Frankston, 25 batu jauhnya dari Melbourne. Pertunjukkan yang akan ditunjukkan oleh pengakap-pengakap dari Malaya ialah benda-benda dan hal-hal yang biasa berlaku di Tanah Melayu iaitu:

1. Cina Beca ((Sebuah lanca telah dipinjamkan oleh Persekutuan Tuan Punya Kerta-Kerta Lanca di Singapura)). :

2. Penjaja-Penjaja ((Perkakas-Perkakas Penjaja itu telah dibawa sekali ke Australia)) :

3. Kuli Kilang :

4. Murid-Murid Sekolah :

5. Orang Melayu :

Barangkali pertunjukan yang menarik pemandangan sekali ialah Raja Melayu dengan pengiring-pengiringnya, iaitu lengkap dengan pakaian Melayu dan payung kebesaran sekali!

Di antara mereka-mereka yang belayar dari Malaya itu didapati:

20 orang Cina :

17 Melayu :

3 Yahudi :

3 Indian :

8 Putih dan Nasrani :

31 Orang :

Mereka akan sampai balik ke Singapura dengan kapal "New Zealand" pada 9 haribulan February 1935.