Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, May 1935, p.195-197

Feature Article.

Perjalanan Majalah Guru dengan Umat-Umat Melayu.

Hari ini Majalah Guru telah meningkat umurnya kepada belas tahun oleh itu kita ketahui adalah Majalah Guru ini sebuah daripada majalah Melayu yang tertua berkhidmat kepada segala umat-umat Melayu. Tidak hairan sekiranya di dalam mana lama umur kehidupan seorang makhluk di muka bumi ini menerima kecelaan dan kepujian selama di dalam perjalanan hayat hidupnya kerana telah memang hak kepunyaan tiap-tiap yang baru itu berubah-ubah dan tak luput daripada menanggung bebak dan khilaf -- dari ini kita memandang balik kepada kehidupannya perjalanan "M.Guru" daripada permulaan "M.Guru" melangkah dan berceloteh dengan segala kaum bangsanya adalah sebagai sebuah lampu suluh bagi kaum guru yang diharapkan menerangi pada segenap anggota umat-umat kita Melayu raya penulis-penulis majalah ini memang terbuka kepada siapa juga yang suka membuang masa dan tenaganya buat penat lelah sahaja, bahkan belum berupaya hendak menawarkan hadiah-hadiah kepada tuan-tuan penulis yang bijaksana sebagaimana cadangan "Encik G. Muda" yang lalu di Warta Malaya. Tetapi tentu sekali "Majalah Guru" mengucapkan dengan sepenuh-penuh tahniah terima kasih kepada siapa-siapa pun.

Sungguhpun Majalah Guru tidak sebalas antara isi dengan kulitnya itu tidaklah menjadi satu kehairanan bagi kita ahli-ahli pembaca melainkan guru muda, dan guru tua, yang rajin mendongeng! Kononnya! isi majalah ini biarlah segaya dengan aturan-aturan pedoman-pedoman guru dan syarahan-syarahan bulanan dengan sekolahnya! Tak boleh pula menumpang penulis-penulis luar hendak menumpang sama buah fikiran ilmu pengetahuannya di Majalah Guru!!! Ini pelik ada pula guru yang tiada suka kepada rakan-rakan yang bukan guru .... Apa dia? Apa kita? Atau menulis-nulis yang bukan guru itu berlainan faham atau tak kupu? .... Perasaan guru sedemikian jauh dari sifat-sifat hidup bersama-sama tolong menolong. Artilah!

Hal yang mana cuba-cuba kita menilik kepada isi Majalah Guru hari ini memang lebih-lebih berkelayakan dengan isi perut M.Guru sebagai cadangan "Guru Muda" walaupun dipihak guru itu berkelebihan pada sebarang apa jua ilmu -- pengetahuan tetapi kita tidak fikir ilmu pengetahuan dan perasaan yang mulia itu ada sebati kepada sekalian guru-guru kalau begitu rasanya ilmu pengetahuan yang disemaikan di Majalah Guru ini adalah kita sifatkan suatu pemberangsang kaum-kaum guru dengan bertenaga dan berusaha pada memimpin anak-anak watannya lebih-lebih lagi sebagai pencalit kepada kaum-kaum guru yang diam di ceruk-ceruk teluk-teluk rantau dan suak itu supaya lagi lekat perasaan berbakti kerana kaum bangsa dan tanah air tidak khas berbakti kerana keperluan diri sendiri sahaja.

Sekiranya daripada mula terbit umur Majalah Guru keadaan guru hidup bekerja dengan memasang akan tenaganya sebagaimana setengah guru-guru hari ini dengan tidak memandang jasa dan upah kepada sebarang apa jua dikerjakan baharulah kita nampak dan berartilah yang sekolah-sekolah Melayu itu pembuka segala punca keamanan tamadun perjalanan-perjalanan Melayu di mana kelak terpandanglah kita umat Melayu ada berkediaman sebagai tuan punya pada negeri dan tanah airnya -- jauhlah daripada menerima pangkat gelaran "kosong" itu pada seisi umat-umat Melayu kita sekalian menungkan!!!

Ayuhai kaum-kaum guru yang dikasihi layarkanlah suluh kamu dengan bersandarkan majalahnya yang didoakan hidup berjaya pada seisi umat-umat Melayu sekalian.

Sambutlah salam hormat dari saya.

Hamas P. Pahang.