Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Sep 1935, p.357

General Article.

Majalah Oversea Education.

Encik Yazid bin Ahmad Sultan Idris Training College Tanjung Malim telah menulis di atas hal-hal kebun sekolah Melayu dalam majalah Oversea Education London keluaran bulan Julai 1935. Ia telah menyatakan faedahnya pelajaran berkebun ini supaya menjadikan kanak-kanak itu cenderung kepada pekerjaan-pekerjaan kampung yang telah menjadikan bangsa Melayu itu suka ria senang dan makmur beberapa kurun lamanya.

"Pekerjaan Ini" kata Encik Yazid, "Ialah suatu cawangan pekerjaan sekolah yang berkehendakan pengetahuan dan usahanya fikiran guru sendiri; sangat sukacita menyatakan yang guru sekolah Melayu itu sungguhpun gajinya tiada tinggi, tetapi telah dapat menyempurnakan kewajipan yang dikehendaki di atasnya.

Bukannya sahaja mereka itu dapat menyempurnakan kewajipannya tetapi mereka itu telah bersedia menggunakan masanya yang lapang bagi faedah-faedah sekolah-sekolahnya".

Dalam tulisan itu ia telah menyatakan suatu kebun sekolah yang dilawatinya dan memuji akan aturan-aturan kebun dan tanaman di sekolah itu pelan kebun sekolah itu ada di dalam khutub khanah Nombor 2 Richmond Terrace SW1, London. Luas tanah sekolah itu 8 ekar. Kebunnya 3 1/2 ekar bertanam dengan sayur-sayur, kelapa gading, pohon buah-buahan, mengkuang dan bemban.

((Sekolah yang telah dilawat oleh Encik Yazid itu ialah Sekolah Ulu Yam Baru Selangor. P.))