Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 4 Jul 1931, p.4

General Article.

Perniagaan di Penang Mulai Nampak Bergerak. 1000 tan lebih timah yang akan dihantar keluar ini minggu.

Penang 30 Jun.

Kemudian daripada telah sunyi banyak lama telah dilihat pada hari Isnin 29 haribulan yang lalu ini pemandangan yang menyenangkan hati di wharf Pulau Pinang di mana telah kelihatan sibuk manusia dan kereta-kereta lori dan kereta-kereta tarik membawa bertimbun-timbun timah dan getah hingga penuh gudang-gudang harbour dengannya. Barang-barang ini disediakan kerana muatan.

Semenjak President Hoover telah mengeluarkan cadangan memberi tempoh "moratorium" bagi bayaran balik hutang-hutang di antara bangsa-bangsa di dalam dunia ini selama setahun itu, maka keadaan pasar di serata tempat telah kelihatan mula bergerak dengan baik.

Banyaknya barang-barang keluaran yang telah disediakan bagi muatan kapal-kapal yang akan membawanya keluar dari sini itu sesuatu dalil yang terang pada menyaksikan pergerakan perniagaan yang telah lama dicita-cita dan diangan-angankan itu.

Daripada siasat-siasat, telah diketahui ada disediakan lebih daripada 1000 tan timah yang akan dihantar dari sini ke Eropah dan ke Amerika di dalam ini minggu.

Tampak di dalam dua kapal telah diambil bagi muatan sebanyak hampir-hampir 600 tan timah dan muatan sebanyak lagi lebih kurang 500 tan akan dihantar dengan kapal Jepun yang akan tiba di sini esok.

Seperti lain-lain barang pasar, getah pun ada baik dan getah-getah yang telah dihantar keluar di dalam minggu yang lalu ada lebih banyak dan dengan harga yang lebih baik.

Keadaan jual-beli getah mulai dari hari President Hoover mengeluarkan cadangannya itu ada berjalan dengan baik dan maju.