Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 11 Jul 1931, p.8

Editorial.

Persatuan Melayu Selangor.

Di dalam Saudara minggu yang lepas, telah kita sebarkan satu surat kiriman daripada Kuala Lumpur mengatakan telah bersetuju muafakat beberapa orang muda-muda yang berperasaan di dalam Kuala Lumpur dikepalai oleh Encik Mahmud bin Idris di bawang naungan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman MCS dengan dibantu oleh Yang Maha Mulia Raja Mahmud Agriculture hendak membangunkan suatu Persekutuan Melayu dengan niat hendak mengadakan Persatuan Persekutuan Kuala Lumpur ini terlebih dahulu.

Kita sangat-sangat ria hati mendengar perkhabaran yang sangat-sangat dicita-cita ini sungguhpun pada fikiran kita patut mengadakan Kongress terlebih dahulu di Kuala Lumpur ini daripada membangunkan Persekutuan kerana menyatukan tujuan tiap-tiap suatu Persekutuan yang akan dibangunkan seluruh Tanah Melayu ini supaya jangan jadi pertengkaran di belakang kemudian daripada tiap-tiap Persekutuan yang telah dibangunkan di dalam tiap-tiap negeri itu dengan tujuan yang berlainan lainnya masing-masing.

Tetapi tidak apa, dengan hati yang bersih kita cukub percaya bahwa Tuan-Tuan yang bijaksana yang telah berusaha bagi mengadakan Persekutuan terlebih dahulu itu sudah cukup mengaji dan sudah khatam pengajian mereka itu mengatakan mengadakan Persekutuan terlebih dahulu itu terlebih patut daripada mengadakan Kongress bagi menyatukan tujuan itu.

Kita cukup percaya bijaksana anak-anak muda Kuala Lumpur yang ialah pusat Tanah Melayu masa sekarang ini. Maka kita menunggulah sahaja akan membawa perkhabaran Persekutuan mereka itu kepada telinga Melayu-Melayu yang am mudah-mudahan dapatlah segera kita menerima fuadnya di dalam sedikit hari lagi.