Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 26 Sep 1931, p.9

General Article.

Sukakah Tuan Maju?

Memang kalimah "Maju" ini senantiasa duduknya di hujung lidah tiap-tiap anak Melayu dan disebut-sebut selalu seperti saya hendak maju, majulah bangsa, majulah Melayu, majulah kaumku, majulah .... Begitulah jeritnya setiap-tiap hari. Di akhbar-akhbar, majalah-majalah, di sekolah dan di rumah-rumah juga; maksudnya supaya orang yang diseru juga ... maju berjudi, maju malas, maju berborak dan dan .. apa sebab jeritnya itu tidak jalan? Oh! Ialah disebabkan si penjerit itu tidak maju, pandai ia berfikir sahaja tetapi badannya sejengkal pun tidak bergerak.

Mulutnya sentiasa disuap orang, bajunya sentiasa dipakaikan orang. Wangnya diberikan orang; betapa tidak? Beras berbeli, sayur berbeli, cabai berbeli, baju berbeli, sepatu berbeli, rumah bersewa dan semuanya berbeli.

Bolehkah benda-benda itu semuanya dapat dengan tidak berbeli? Jawabnya boleh! Iaitu bukanlah kamu berusahalah kami berkerjalah kamu, simpanlah wang berniagalah kita bersyarikatlah kita bertolong-tolonglah dan belajar kamu!

Pendeknya, jikalau kita hendak maju mahulah kita bekerja iaitu tetapkan satu pekerjaan yang khas umpama berkebun kebun sahaja, berniaga berniaga sahaja, begitulah juga di lain-lain pekerjaan hingga mesti kepada kemahuan maju pertukangan, akhbar-akhbarnya semuanya maju!

Kita tahu kemajuan itu sememang tergantung atau tergenggam di tangan kita sendiri bukannya pada orang lain. Jadinya jika sekiranya seorang itu sememang tak suka kepada kemajuan bagaimana kita jerit ditelinganya ataupun ditunjukkan dihadapan matanya, tak akan mau maju!

Tetapi jika seseorang itu sememang berjiwakan kemajuan, tak payah kita jerit dan tunjukkan berpenat lelah, maju juga dia iaitu dengan seberapa jayalah dicarinya bagaimana jalan mahu maju. Akan tetapi boleh kaum kita maju malahan penganjuran bekerja dengan keras!

Mengapa kaum Barat itu maju? Bahkan itu tidak hairan kerana segala mereka itu sudah merasa bagaimana nikmat kemajuan dan kesusahan jikalau sekiranya mereka itu tidak bercita-citakan kemajuan tentulah ia kebuluran tak makan ataupun apa-apa juga sebab disekelilingnya semuanya bekerja dengan maju, jadinya dengan sebab itu berikanlah maju itu di antara seseorang kepada seorang sehingga berkaitan masing-masing, mahu maju! Sekarang tampaklah oleh kita jalan hendak maju, mestilah ditunjukkan dengan kerja bukan dengan bersorak sahaja!

Perenggan inilah sahaja penulis merebahkan kalam adanya.

al-hakir,

Z.B. Modal.