Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 25 Feb 1933, p.1

Leader Article.

Bangsa Yang Tiada Mengenang Budi.

Siapa kata Semenanjung Tanah Melayu zaman dahulu ((sebelum didapati bangsa Cina)), gurus dan zaman ini ((sudahnya didapati bangsa Cina)) gemuk dan subur seperti perumpamaan Malayan Chinese Review No. 21 ((bukannya 12)) keluaran 11 February ini? Tidak! Tidak! Tidak!

Jika ada juga orang-orang yang berani bertegang, nyatalah orang itu sekurang-kurangnya buta perut jika tidak tentu gila.

Seterang-terang dalil bagi kita jika Semenanjung Tanah Melayu ini gurus tiada mereka itu tentulah datuk nenek mereka itu yang dahulu-dahulu tidakkan berani datang membangsat ke sini dengan sehelai sepinggang alas satu cukin merah. Satu seluar dan baju hitam, satu bantal kayu, dan sepasang terompah besarnya dengan sebatang pengandar. Mengertilah wahai Pengarang MCR kalau mau mengerti.

Demi sesungguhnya dengan sebab kedatangan bangsa Cinalah bumi Semenanjung ini telah lebur dan binasa dan penduduknya bangsa Melayu telah menjadi porak peranda seumpama kaca terhempas ke batu sekalipun. Jika ada yang merasa sedikit-sedikit nikmat pemberian daripada tauke-tauke Cina itu tidaklah dapat kita ambil aci:

Pertama tidakkan sampai bilangannya seribu seorang; Keduanya, jika seringgit mereka itu berkehendak, tidak dapat tiada tentulah ada keuntungannya seribu sekurang-kurangnya bagi mereka itu, dan begitu pulalah yang akan menanggung dan menderitakan azab dan kesusahan.

Dari sebab itu, tauke-tauke hendak mengambil keuntungan yang seribu tadi tertanggunglah sekaliannya itu kepada beribu-ribu bangsa Melayu. Dan apabila mereka itu telah mendapat keuntungannya yang beribu-ribu tadi, bahkan sampai bermillion-million ringgit dipunggah pula oleh mereka itu wang yang bermillion-million itu ke Tongsan dan India sanya.

Tinggallah bangsaku Melayu sekaliannya keadaan hidup tak hidup mati tak mati.

Inikah macamnya perbuatan ataupun satu usaha yang dikatakan oleh Pengarang MCR itu satu budi yang sangat-sangat baik bagi sekalian Cina yang diakunya telah menggemukkan dan menyelenggarakan bumi Melayu ini?

Bagi kita seorang: biar digantung tinggi dibuang jauh dibunuh mati, tak akan hendak mengaku sekali-kali. Sebaliknya satu pujian yang maha besar serta melangit tingginya kita ucapkan kepada kerajaan yang telah mengambil berat pada mengadakan beberapa undang-undang yang keras kerana hendak menjaga keselamatan bumi Melayu ini serta dengan pemandangannya bangsa Melayu sekalian daripada ((illegible)) sungguh kerajaan berkata; lepas jalan buang tongkat ((bukannya tangga)) kerana jika sudah terhantuk pun tak mau juga tanda itu sudah berlebih-lebih sangat dengungnya. Kita mengaku Tanah Melayu ini serta dengan penduduknya bangsa Melayu tak akan menanggung azab dan sengsara seperti keadaan sekarang ini jika bangsa Cina dan bangsa-bangsa dagang itu tidak datang membangsat ke mari.

Osman Affandi.

Akan Disambung.