Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 1 Apr 1933, p.2,6

General Article.

Perkurangan Bilangan Orang Melayu Yang Bekerja.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu.

Di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu pada 27 March itu, Yang Berhormat Datuk Sedia Raja Abdullah bin Haji Dahan telah berkata iaitu tiada bermaksud hendak memberi ucapan kepada Majlis itu, tetapi ialah berkenaan dengan kepada soalan yang pertama ((a)) bertentangan dengan pemandang pengutamaan orang-orang Melayu dalam perkara perkurangan bilangan yang bekerja, dan berkenaan dengan cawangan soalan yang kedua berhubungan dengan bilangan Orang Melayu yang telah dibuang daripada kerja semenjak 1 July 1930 sehingga masa ini, yang ia hendak mengeluarkan sedikit perkataan dengan harapan iaitu kerajaan kiranya tolong menerangkan pendirian itu.

Ringkasnya, adapun penulis kerajaan ialah iaitu orang-orang Melayu adalah yang pertama atau yang awal diberikan kerja dan yang akhir sekali dibuangkan kerjanya, dan dalam jawapan kerajaan kepada bahagian pertama daripada soal pertama itu kerajaan telah berkata bahwa adalah ianya cukup puas hati kerana policy itu dituruti dengan beberapa setianya pejabat-pejabat dan seumpamanya.

Menjawab soal yang kedua, kerajaan telah mengatakan bahwa bilangan Orang Melayu yang telah dibuang kerja semenjak 1 July 1930 sehingga 28 February 1933, selain daripada yang berhenti dengan sendirinya disebabkan oleh beberapa peraturan perkurangan bilangan orang-orang yang bekerja ialah 541.

Yang Berhormat itu tiadalah berkata bahwa kerajaan tiada setia kepada policynya, maka policy ini ialah suatu yang orang-orang Melayu semuanya patut memandang dengan beberapa kesyukuran, dan lebih-lebih lagi, sebab mempunyai timbang rasa kepada kepayahan yang ada kepada kerajaan itu, maka ialah yang akan menjadi orang yang akhir sekali yang berkehendakan supaya orang-orang Melayu tiada merasai sama atau menerima bahagiannya yang patut, dalam perkurangan bilangan yang bekerja itu.

Memandang kepada bilangan yang besar di antara orang-orang Melayu yang telah dibuangkan kerja itu, orang-orang Melayu ramai akan menerima dengan sukanya suatu keterangan daripada kerajaan dalam hal ini.

Jalan-Jalan Yang Dikerjakan.

Yang Berhormat Mr. T.S. Adams, Resident Selangor, telah menghuraikan dengan sepenuh-penuhnya jalan-jalan yang telah dikerjakan bagi perkurangan bilangan orang-orang Melayu bekerja dengan berkata bahwa daripada mulanya ini telah menjadi seorang ahli dalam Standing Retrenchment, peraturan yang telah dijalankan oleh kerajaan dalam policynya telah dikeluarkan oleh jawatankuasa dan juga perkara-perkara yang khas bagi gunaan peraturan-peraturan policy itu di mana ada was-was baiklah dibuat atau tiada ataupun manakala perkara-perkara yang khas datang pegawai-pegawai kerajaan yang telah mengerjakan kewajipannya yang sangat-sangat sedih itu iaitulah memberi keputusan siapa-siapa di antara ahli-ahli pekerja kerajaan hendak dibuangkan itu, adalah menjalankan policy yang telah dibuatkan oleh kerajaan dan Secretary of State.

Bilangan Orang Melayu yang telah dibuangkan kerja tiada sampai pun satu persepuluh daripada jumlah semuanya. Bahwa kelas mewajib diperkurangkan bilangannya ialah yang pertama orang-orang tua yang patut menerimai pencen yang merasai suka juga kerana dapat berhenti. Dan tentulah tiada salah bagi pihak kerajaan menjalankan perkurangan dengan kemajuan atau kebenaran yang kena berhenti itu sendiri.

Jika bolehnya yang keduanya ialah kelas seperti guru-guru sekolah yang tiada mempunyai latihan yang cukup oleh kerana pula orang-orang yang cukup dalam sifat itu dapat yang gantinya dahulunya orang-orang yang tiada mempunyai sifat tersebut telah digunai bagi membukakan sekolah-sekolah tambahan dalam jajahan-jajahan yang jauh daripada benda besar-besar; tetapi sekarang yang demikian itu tiada boleh dikerjakan.

Lagi katanya, kita terpaksa mengurangkan bilangan orang-orang yang tiada cukup latihan oleh sebab kita boleh memperolehi orang yang cukup latihannya. Sukacita saya berkata bahwa setengah-setengah daripada mereka itu telah mendapat lain pekerjaan saya fikir bilangan itu tiadalah besar tetapi pada masa saya bercuti saya telah sediakan dua tempat yang penduduk-penduduk di situ berkehendakan sebuah sekolah dan hendak menerima guru yang tiada cukup latihan itu supaya dapat ianya kehidupan yang mencukupnya. Mereka itu telah memberi pelajaran kepada anak-anaknya semata-mata dengan tiada apa-apa belanja.