Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 23 Apr 1934, p.7

General Article.

Kemunduran Kemajuan Melayu Kerana Makanannya.

Oleh Muhammad Noor R.S.

Sudah beberapa lama kita mendengarkan teriak di sini dan di situ kenapa Melayu tidak mahu maju, apakah nasibnya dan lain-lain. Tetapi keadaan Melayu tampaknya seperti dahulu. Jikalau begitu tentulah nasihat-nasihat itu tiada berhasil sekali-kali kepada kaum Melayu, kasihan! Kasihan! Kasihan!

Oh! Nasib yang seperti ini ada bersangkutan dengan benda makanan kaum Melayu dan inilah yang menutupkan mata hati Melayu. Siapa tahu barangkali makanan Melayu senantiasa serupa, tiada pernah berbezaan; nasi, kuah, sayur, sambal, dan inilah makanan sehari-hari sehingga bertahun-tahun.

Jika betul ini rahsia, tiadalah adil bagi menuduhkan bahwa Melayu malas, Melayu bodoh, Melayu begitu dan Melayu begini, kerana cubalah kita tilikkan sendiri berapa buah kedai makanan Melayukah yang ada di sini.

Sungguh pun ada banyak juga kedai makanan orang-orang Islam menjualnya, orang-orang Keling dan keadaan masakannya tak payah dihuraikan sama juga dengan yang saya namakan di atas tadi.

Jadi di manakah hendak kaum kita pergi supaya boleh mereka masukkan ke dalam perutnya makanan yang lazat-lazat dan yang berlainan dari makanan setiap-tiap hari, sebab itulah bahwa patut orang-orang Melayu mengadakan kedai kepunyaan sendiri dan menjualkan serba jenis masakan supaya dapatlah bangsa kita membezakan makanannya sedikit.

Dengan hal yang demikian, menjual-jual itu tidakkan akan beroleh untung sahaja, tetapi mereka akan memperoleh nama yang baik kerana membantu kemajuan Melayu, cubalah siapa tahu, jika makanannya senantiasa beza-beza fikirannya pun akan berkehendak kemajuan.