Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 5 Dec 1934, p.7

Medan Perbahasan.

Melayu Sekarang Mundur.

Kata Persama.

Benar! Kita sudah memang tahu yang kita kelak akan bertikam pena disebabkan sepatah kata yang mengulangi rencana ini. Tetapi oleh sebab speech dicari percawangan ini kerana mencari kebenaran tidaklah menghairankan atau menunjukkan bahwa serangan akan tiba dari serba pihak. Maka dengan bersedia menantilah kita dan buat menolak tikaman-tikaman pena dari kiri, kanan, hadapan, belakang; inilah kita diberikan asas-asas dan dalil-dalil yang menunjukkan bahwa Melayu sekarang mundur dan berlawan benar-benar daripada perkataan dan terikan penulis-penulis di dalam suratkhabar mengatakan Melayu maju.

Sebelum berjalan punca pertikaman kita eloklah kita ingatkan bahwa kita kelak tidak melayani jawapan yang petuturannya melewati balasan kehormatan dan melampaui sopan santun perbahasan.

Kita juga akan memberi hadiah buku-buku cerita kepada pencawangan yang munasabah yang menolak hujah-hujah kita ini dan mendirikan dalil yang kuat mengatakan Melayu betul-betul sudah maju.

Tanda-tanda menunjukkan bahwa Melayu betul mundur, lihat sahajalah kebaikan daripada kerajaan Melayu baik di Semenanjung mau pun di seberang sana sudah di bawah perintahan atau di bawah naungan bangsa lain. Berlainan dahulu semua kerajaan Melayu tidak dipimpin lain-lain bangsa. Hidup berdiri dengan sendirinya.

Dahulu Melayu pandai memperbuat meriam, ubat bedil, alat senjata peperangan dan mempunyai askar hulubalang dan pahlawan sendiri, sekarang?

Tukang emas, tukang Perak, pandai suasa, tembaga, tukang batu, tukang besi, bangsa Melayu senang kedapatan: benda-benda daripada jenis buatan masing-masing masih lagi meninggalkan tanda hingga hari ini. Tetapi tukang apa yang ada pada kita sekarang?

Silat Pencak yang berasal-usul daripada pakaian diri seorang laki-laki bagi menolak kejatuhan seteru masa dahulu tetap ada pun pengetahuan tetap-tetap laki-laki sebagai yang digunakan bangsa Jepun seperti Jujitsu dan lain-lain bagi bangsa lainnya pula, tetapi bagi mempunyai ilmu ini atau ilmu pinjaman tidak ada lagi kepada Melayu sekarang.

Pakaian yang menyaluti tubuh badan Melayu dahulu daripada keluaran tanahairnya dan daripada bekas tangan tenunan Melayu, tetapi sekarang ini sudah beralih ganti 20 peratus kepada pakaian luaran dan perbuatan asing.

Kehormatan lebih didapati jika simpulan surat-surat tulisan dengan huruf Arab bahasa Jawi, tetapi sekarang malu kita jika tidak tulisan yang berjalan dari kiri ke kanan huruf lainan itu tertera, malahan ada pula setengahnya kaum Melayu bermegah-megah menggayakan pakaian orang-orang ke badannya.

Satu daripada tegahan ugama Melayu seperti babi sahajalah dahulu, sangat-sangat dihargai, tetapi sekarang hinggakan setengah dengan daging babi makanan Melayu dihidangkan tidak menjadi apa tegahan atau halangan walaukan ini negeri Melayu, kerajaan Melayu, berajakan Melayu.

Asas kemajuan bergantung pada perniagaannya, dahulu didapati berderet-deret kedai Melayu di mana-mana negeri seperti bandar Pulau Pinang, Singapura, Melaka, Kuala Lumpur, Teluk Anson, dan lain-lain, tetapi sekarang asas kemajuan yang kita galak-galakkan itu semuanya di dalam urusan bangsa asing.

Gelaran Nakhoda Ulu yang mempunyai perahu perniagaan menjajahi teluk rantau dan desa negeri sebilang musim masa tidak lagi boleh kedapatan.

Hartawan yang mengumpulkan kekayaan yang boleh menyenangkan anak cucu cicitnya sepeninggalan ia mati tidak lagi kedapatan daripada bangsa Melayu. Perangai jimat-cermat pembawaan budi bahasa, sekumpul sehati sekata dan kasih penyayang yang dahulunya kedengaran di atas tiap-tiap kaum kerabat sekarang ini sudah bertukar dengan sombong dan bongkak boros dan kasar dengki dan khianat sama sendiri.

Penduduk pekan yang ramai mempunyai rumah tangga besar yang dilangkahi hidup kemakmuran sekarang sudah hanyut duduk di tepi-tepi bukit dan di sudut-sudut lembah hutan belukar, iaitulah yang diceritakan sepanjang-panjang masa maju! Maju! Maju!

Tawarikh-tawarikh Sultan-Sultan Melayu yang dahulunya sahaja disimpan baik-baik oleh tiap-tiap Sultan dan diketahui benar oleh rakyat negerinya sekarang sudah bertukar dengan tidak mengetahui langsung bagi pihak Melayu terbalik bangsa lain berusaha mengumpulkannya.

Hari kemuliaan bangsa dan ugama Melayu yang sangat-sangat digemari dan dihormati dahulunya sekarang sudah bertukar dengan memuliakan hari bangsa dan ugama lain. Setengah daripada setengah Melayu speech mengintai-intai akan kedatangan hari itu dan tidak mengendahkan hari kepunyaannya.

Kesudahan kata kita pohonkan ampun dan maaf dari pembaca sekalian khusus Tuan Pengarang al-Muktarim.

Peringatan.

Penulis yang memberi dalil yang kuat boleh mengalahkan sindiran-sindiran kita itu akan menerima hadiah yang dijanjikan tadi, keputusan yang mana diharapi akan didapati dari Tuan Pengarang.

Demikian jua diharapi Tuan Pengarang akan menyiarkan nama penulis yang jempul itu supaya ia memberi alamat dan tempat tinggalnya kepada kita dengan siaran ataupun dengan perhimpunan "Saudara" sebagai wakilnya bagi menerima hadiah itu.