Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 2 Feb 1935, p.6

Editorial.

Perhatian Bangsa Asing di Negeri Melayu.

Di dalam masa yang akhir ini adalah tiga perkara cita-cita atau tujuan pemerintahan kerajaan Empire Inggeris yang terzahir dengan menarik perhatian luar biasa bagi penduduk ramai, iaitu:

1. Akan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa bahasan ((Lingua Franca)) bagi Malaya.

2. Akan mengutamakan anak-anak Melayu bagi jawatan kerajaan Melayu.

3. Akan mengembalikan pemerintahan negeri Melayu kepada kerajaan Melayu, yang mana sebanyak sedikit tujuan cita-cita ini memberi makna seolah-olah akan membangkitkan "hening terpadam" bagi bangsa dan negeri Melayu.

Sungguh pun masa dicapaikan maksud itu masih lama atau belum dapat ditentukan bila-bilanya.

Kita berkata, iaitu sesuatu kemurahan atau asas pemerintahan kerajaan Empire Inggeris bagi tiap-tiap rakyat jajahannya, yang sememang mempunyai bangsa dan negeri ini, iaitulah yang terpuji dan dimuliakan oleh segala bangsa dan kerajaan-kerajaan yang mempunyai keinsafan atau pelajaran, pengetahuan dan berperasaan tinggi, hingga pun oleh orang-orang Melayu yang dikatakan masih kekurangan di dalam segala serba serbinya itu pun, telah menyambut dan menerima khabar yang mengandungi cita-cita itu dengan gembira dan perasaan terima kasih yang memenuhkan perhatian kesukaan.

Akan tetapi ajaib bahwa cita-cita yang suci bersih ini, tidak demikian penerimaannya kepada setengah daripada bangsa-bangsa dagang, sesiapa mereka-mereka itu sementelaahnya pula telah bertuah, kaya raya dan senang lenang di negeri ini, daripada hasil dan budi pekerti anak negeri ini menerima kedatangannya semenjak masa singkatnya dahulu.

Mereka itu membantah, melawan dan menegah atau menyekat bila-bila sesuatu bahagian itu akan tertitik kepada pihak Tuan rumah di mana mereka itu telah tinggal menumpang di dalam keamanan dan kemakmurannya.

Ajaib sekali, lagi kita kata dan merasai tersangat ajaib, bahwa sesuatu bangsa yang demikian ini masih mempunyai moga yang akan disuakannya ke majlis ilmu kesopanan yang puas ini.

Dunia kesopanan berkehendak menambahkan ketinggian pengetahuan dan kehalusan perasaan bagi seorang atau sesuatu bangsa dan kerajaan itu supaya dapat memikir dan insafkan hak milik orang lain sebagaimana hak milik atau kejadian yang berlaku ke atas dirinya sendiri, tapi yang demikian itu agaknya tidak bagi kesemua orang, bahkan orang yang memang tidak ada tempat keinsafan dan timbang rasa keadilan di dalam dadanya atau orang-orang sememang otak benaknya bukan ditempati oleh fikiran yang sihat dan suci.

Sebabnya, ialah kerana orang-orang itu memang bukan berasal orang-orang yang suci dan tinggi halus perasaan hemah kemanusiaannya, tetapi baiklah sebagai keturunan daripada kaum perompak yang banyak bertaburan di lautan Cina itu dari semenjak zaman dahulu hingga sampai kepada hari ini.

Oleh itu, perkataan-perkataan bantahan yang demikian itu tidaklah patut menjadi fikiran atau sesuatu hal yang mesti dihiraukan oleh khas atau umum, kerana iaitu daripadanya dikehendaki untuk menjadi ukuran kepada khas atau umum bagi mengetahui kebusukan dan kerendahan budi pekerti seseorang, kerana iri dan dengki hatinya di atas kebahagiaan seseorang itu walaupun di dalam rumah tangganya sendiri.

Jika orang-orang Melayu pada masa ini berkehendak akan mendapati kelayakannya menyambut tujuan Cina-Cina itu dengan lekas dan pintar, maka yang terutamanya mereka mesti bersungguh-sungguh menaburkan beberapa pelajaran dan pengetahuan yang tinggi-tinggi dan suci kepada kepada bangsanya laki-laki dan perempuan iaitu pengetahuan-pengetahuan yang berasas kepada keredhaan Tuhan yang maha kaya bagi menerima rahmat dan rahim yang boleh berkekalan dengan selamat sentosanya.