Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 2 Dec 1931, p.12

Feature Article.

Tiga Jenis Tanaman Yang Mustahak.

Karangan yang di bawah ini kita terjemahkan daripada Majalah Tanam-Tanaman Tanah Melayu.

Faedah-faedah menoreh pokok-pokok getah telah bertukar-tukar dan fasal-fasal yang menyebabkan itu ialah pertamanya, harga getah, dan keduanya memperhargakan kesudahan torehan itu atas kesihatan pokok itu.

Ada diketahui baik iaitu di dalam faedah-faedah yang awal-awal, maka beberapa torehan pada batang pokok itu telah digunakan dengan mendapat corak toreh-toreh itu seperti tulang ikan. Faedah itu telah diberhentikan oleh sebab telah didapati iaitu kulit pokok itu sangatlah deras habisnya, hingga tiada cukup masa bagi menjadi kulit baru.

Yang demikian itu, faedah-faedah yang lebih selamat telah diadakan yang bertujuan supaya dapat ditorehnya dengan seberapa banyak yang munasabah dengan berkehendakan mendapat secukup-cukup kulit baru.

Pada waktu itu, harga getah itu telah memaksakan torehan yang banyak yang diperbuat di seluruh tanah Melayu ini. Kesudahannya yang didapati daripada menoreh dengan banyak itu telah disyakkan telah menyebabkan satu penyakit kepada batang pokok getah itu yang menjadikan selalu dipaksa dibuangkan pokok itu dan sebagaimana pun diberhentikan lama supaya sembuh semula.

Akan tetapi, tidaklah hingga menjadi suatu kejatuhan tentang harga getah itu yang membawa kepada sekatan keluaran getah oleh kerajaan, iaitu suatu perubahan yang besar telah berlaku tentang faedah menoreh, kekurangan torehan yang kelak berlaku itu telah menyebabkan faedah-faedah menoreh yang lebih cermat seperti torehannya yang lebih kecil dan menoreh lata-lata sehari atau pada masa-masa sahaja.

Ahli-ahli tanaman itu pada akhirnya telah didapati iaitu keluaran getah itu telah segera didapati bagaimana dahulu sungguhpun telah kurang ditoreh menjadikan iaitu apabila dibuang sekatan itu. Maka faedah-faedah yang baru itu telah dikekalkan oleh kebanyakan daripadanya itu.

Adapun tanaman kepada susu getah itu menurut faedah menoreh yang lebih hormat itu telah menjadi satu perkara yang sangat mustahak pada mengurangkan belanja-belanja mengeluarkan getah itu di dalam masa kejatuhan harga getah yang ada sekarang ini.

Yang demikian itu, akan ternyatalah iaitu manakala dahulu harga yang tinggi telah menyebabkan torehan yang banyak yang menjadikan banyak belanja. Maka kekurangan harga yang kelak didapati itu telah membawa kepada faedah yang lebih cermat supaya mengurangkan belanja mengurangkan getah itu.

Padi.

Faedah membaikkan pendapatan padi yang memberi sebesar-besar peluang mendapat padi itu dengan segera ialah dengan memilih dan menanam benih-benih yang tidak cacat. Di dalam tanah Melayu pekerjaan ini telah mula-mula dijalankan oleh pejabat tanam-tanaman lebih kurang 17 tahun dahulu dengan memberi hasil yang sangat berfaedah. Ada diakui iaitu pendapatan padi daripada benih-benih yang terpilih yang baik sekali ada sekurang-kurangnya 25 peratus lebih tinggi daripada pendapatan daripada padi yang asal dari mana benih-benih itu telah dipilih.

Kopi.

Kita terlebih dahulu telah mengingatkan di dalam majalah ini akan peluang-peluang yang ada kerana menanam kopi di dalam tanah Melayu, hampir-hampir dua milyun ringgit harganya kopi telah dibawa masuk tiap-tiap tahun ke dalam tanah Melayu dan hal ini sahaja patut menggalakkan dihidupkan balik tanaman itu di dalam tanah Melayu.