Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 25 Feb 1934, p.14

News Wire.

Kira-Kira Pejabat Perbendaharaan.

London, Februari 21.

Baki Great Britain bagi bayaran-bayaran dalam 1933 ada menzahirkan suatu baki yang kurang sebanyak 4,000,000 dibanding dengan angka kekurangan yang telah dikira semula yang telah dianggarkan sebanyak 55,000,000 dalam 1932.

Dari ini, suatu kelebihan sebanyak 52,000,000 daripada 26,000,000 daripada tahun 1932 itu, mestilah dihitungkan dengan ketiadaan bayaran-bayaran hutang perang yang cukup kepada Amerika Persekutuan.

Kira-kira yang terang atau berlawanan di atas baki barang-barang perniagaan itu telah dikurangkan 23,000,000 manakala dagangan-dagangan keluar yang tiada nampak itu telah bertambah 5,000,000 perkara yang akhir disebut itu termasuk pendapatan Britain di atas modal-modal di seberang laut dan faedah perusahaan kapal yang lebih kurang 5,000,000 kurang daripada angka-angka tahun 1932, jumlahnya itu 65,000,000.

Penerimaan-penerimaan dari upah-upah telah berjumlah 30,000,000 berlawanan dengan suatu anggaran yang telah dikira semula sebanyak 25,000,000 dalam 1932 manakala pendapatan dari taruhan-taruhan di seberang laut telah naik dari jumlah 1932 yang telah dikira semula sebanyak 145,000,000 hingga 155,000,000.

Reuters.