Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 25 Jan 1935, p.??

General Article.

Penulis Khas Kita di Kuala Lumpur. Al-Ustaz Abdul Rahim Kajai diangkat mulai awal Februari.

Al-Ustaz Abdul Rahim bin Salim Kajai, Pengarang akhbar-akhbar Melayu yang terkenal itu telah bertentu dengan Warta Malaya Press Limited bagi menjadi penulis yang khas bagi akhbar Warta Malaya ini di negeri Selangor dengan berpejabat di Kuala Lumpur supaya menuliskan perkhabaran-perkhabaran kejadian-kejadian dan hal-ehwal yang berkenaan dengan negeri-negeri Melayu Yang Bersekutu dan memberi buah fikirannya untuk siaran yang dikehendaki bagi muslihat am; ialah jawatannya dengan ketentuan itu dimulai dari pertama Februari hadapan dan dari tarikh inilah ia tiada mempunyai perhubungan dengan sebarang akhbar-akhbar yang lain.

Sanya kerana mengikut sememang-memangnya langkahan Warta Malaya dengan ikhtiarnya tiada mengganggui ini dalam tujuannya memberi perkhabaran-perkhabaran dan hal-ehwal yang baru dan panas daripada majlis-majlis Mesyuarat Kerajaan, Mahkamah-Mahkamah Bandar, Kampung-Kampung dan lain-lainnya, kerana berkhidmat dan memberi puashati pembaca-pembaca telah mulai pula menapak kepangkuan ini dan Warta Malaya bercita akan mara dan naik tinggi besar dan jauh lagi kerana Bangsa dan Bahasa Melayu!