Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 14 Jan 1934, p.3

Local News

Tukang Jahit enggan bekerja berkuat dengan tuntutan yang awal.

Keengganan bekerja oleh tukang-tukang jahit Cina di Kuala Lumpur masih ada berlaku lagi dan orang-orang yang makan gaji itu ada menunjukkan satu ketahanan yang tiada disangkai atas berkuat dengan tuntutan-tuntutan mereka; yang pertama iaitu 45 peratus tambahan gaji dan bekerja 8 jam sehari, dan mendapat kelepasan pada tiap-tiap hari Ahad.

Dalam mesyuarat hari Selasa yang telah dihadiri oleh lebih kurang 20 orang yang mengajikan dan lebih 100 orang yang makan gaji, tetapi tiada didapati sebarang keputusan kerana orang-orang itu telah menolak tawaran orang-orang yang mengajikan sebanyak 35 sen tambahan gaji dan bekerja sembilan jam sehari.

Nampaknya mereka tiada bersedia, kata "Malay Mail" hendak menerima apa-apa yang berlawanan dengan syarat-syarat mereka.

Tetapi, orang-orang yang mengajikan ada kuat berharap dan bersangka perkara itu akan dapat diselesaikan dengan memberi puashati di dalam sedikit hari.

Telah diketahui iaitu orang-orang yang bekerja dengan upahan meminta satu tambahan $1.50 kerana pekerjaannya diperbuat berkenaan dengan pakaian putih dan lebih kurang $3 bagi pakaian "Tweed". Dan lain-lain pekerjaan tukang jahit Cina ada terhenti.

Orang-orang yang bekerja itu ialah tukang-tukang potong baju yang kebanyakannya ialah tuan-tuan punya sendiri, tetapi orang yang menjahit tiada didapati.