Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 1 Jun 1934, p.12

General Article.

Pertunjukan Tanah Melayu.

Dalam pertunjukan Tanah Melayu yang akan dibuka di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, sebutir pingat emas telah diberi oleh Tuan-Tuan Imperial Chemical Industries ((Malaya Limited) kerana pungutan sayur yang terbanyak sekali yang ditanam oleh seorang penanam kerana pasar dan sebutir mangkuk perak telah ditawarkan oleh yang memberi dengan tiada menyatakan namanya kerana hadiah yang pertama dalam bahagian 26 kerana teh kebun.

Bilangan Orang-Orang yang Masuk Berdagang Ditambahkan.

Satu kenyataan dalam Warta Kerajaan Negeri-Negeri Selat ada menyatakan iaitu dari 1 haribulan Julai bilangan orang-orang asing yang dibenarkan masuk ke dalam negeri-negeri Selat dalam sebulan akan dilebihkan dari 2000 hingga 3000 orang.

Telah ada banyak sungutan-sungutan oleh orang yang mengajikan atas kekurangan kuli di dalam Tanah Melayu dan perkhabaran tambahan dalam bilangan itu akan disambut dengan amnya.