Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 7 Mar 1934, p.11

Feature Article.

£1,000,000 kerana tempat perhentian Tentera Laut di Singapura. £56,500,000 akan dibelanjakan kerana Tentera Laut.

London, March 6.

Tafsiran-tafsiran belanja kerana Tentera laut bagi tahun yang akan datang ini mensyaratkan kerana perbelanjaan sebanyak £56,500,000 iaitu £2,980,000 lebih daripada tahun yang lalu dan daripada ini, Pejabat Tentera Laut menerangkan:

£1,427,000 itu dikehendaki kerana pekerjaan yang biasa bagi biayaan yang baru dan £1,000,000 itu kerana tergendala pekerjaan dalam tahun 1931.

Kapal-kapal yang baru akan termasuk empat buat kapal perang payar yang daripadanya tiga buah akan jadi daripada jenis "Minotaur" yang baru itu, dan sebuah akan jadi daripada jenis "Aristosa", sebuah kapal besar dan delapan buah kapal perang pembinasa, sebuah kapal perang yang membawa kapal-kapal terbang dan tiga buah kapal selam.

Kakitangan yang sebanyak 92,338 orang itu termasuk suatu tambahan sebanyak 2,038 orang.

Membuat kapal-kapal mengikut cara baru ada suatu tambahan sebanyak £249,030, dalam perbelanjaan, kerana bahagian angkatan udara dan suatu tambahan sebanyak £1,103,000, dalam syarat kerana perbelanjaan di atas angkatan itu, terutama sekali disebabkan oleh pekerjaan yang besar, kerana memperbaiki dan pekerjaan membuat beberapa buah kapal-kapal besar yang tertentu itu mengikut cara baru dengan bermaksud supaya memanjangkan kapal-kapal itu menurut perjanjian tentera laut di London.

Sir Bolton Irish-Monsell, Lords yang Pertama di Pejabat Tentera Laut menunjukkan dalam sepucuk surat peringatan bahwa di bawah perjanjian London, maka Britain itu dihadkan kepada menambahkan keberatan kapal-kapal perang dan kapal-kapal selam yang melebihi umur pada tahun 1939. Ia berkata bahwa kapal perang "Braham" telah diperbuat mengikut cara baru. Kapal perang "Romulus" itu ada diperbaiki dan kapal perang "Malaya" akan diperbuat mengikut cara baru.

Tempat-Tempat Perhentian Kapal-Kapal Perang Singapura.

Pekerjaan memperbaiki turbul-turbul kerana melepaskan kapal-kapal terbang itu ada dijalankan dengan perlahan-perlahan dan tempat meriam berpusing daripada jenis yang baru telah dilengkapkan sehingga ini kepada dua puluh satu buah kapal-kapal perang dan kapal-kapal perang payar.

Tafsiran yang dahulu kerana tempat perhentian kapal-kapal perang di Singapura sebanyak £1,750,000 telah dilebihkan hingga £8,693,000.

Berkenaan dengan Singapura, maka telah diputuskan bahwa oleh sebab hendak memperolehi kesudahan-kesudahan dengan perbelanjaan yang habis kurang sekali. Maka hendaklah pekerjaan yang mustahak itu dijalankan dengan seterusnya supaya tempat perhentian itu boleh digunakan. Yang demikian syarat-syarat telah diperbuat dalam tafsiran-tafsiran ini dan tafsiran yang akan datang bagi perjalanan pekerjaan itu.

Surat peringatan memperingatkan bahwa kenyataan pekerjaan dalam tahun 1931 itu termasuk empat buah kapal perang payar, tetapi telah diubahkan kemudiannya kerana hendak membuat dua buah kapal perang payar yang daripada jenis yang baru dan lebih besar. Maka had perjanjian itu mustahakkan supaya meninggalkan daripada membuat sebuah kapal lagi, perdirian yang seperti dahulu itu sekarang ini sudah dikembalikan.

Suatu pasukan melawan lanun di Teluk Biscay telah diadakan dan telah menjadi sebagai suatu tahanan kepada lanun-lanun di sana.

Lain-lain tambahan yang besar dalam tafsiran-tafsiran itu ialah: bahagian angkatan udara sebanyak £249,000, pekerjaan memperbaiki kapal-kapal dan perbelanjaan di atasnya £249,000, perkakas £246,000 dan pekerjaan burungan £1,771,000.