Jawi Peranakan extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Jawi Peranakan, 23 Oct 1893

Editorial.

Al-Hamdulillah ada pun Jawi Peranakan ini telah lebih 17 tahun beredar laksana lang2 Buana sehingga kalau dilihat didalam penuntunan Cikago pun telah ada akhbar ini dipertunjukkan mereka kepada khalayak yang menuntun `ajaib khanah itu maka di dalam zamannya itu telah menjadi turutanlah bagi Nujum ul-Fajar Syamsul Kamar dan Sekola Melayu maka apabila zahirlah ketiga akhbar itu amboi bukannya barang2 digodai mereka akan Jawi Peranakan ini kerana ma`alumlah tabi`at orang muda berdiri di atas hemah mudanya itu maka puaslah sumpah seranah mereka itu dipertanggungnya oleh Jawi Peranakan ini dan dengan tertib dilayani juga akan mereka itu kadar kuasanya akhirnya oleh kebenaran Jawi Peranakan ini dan sebab takabbur mereka itu sekaliannya telah tercabut sekadar tinggal nama sahaja lagi pada masa ini, syahadan dapatlah kita mengatakan bahawa kebanyakan bahasa yang telah lenyap dahulu itu telah timbul oleh jasa kita pada hal waktu kita memakai bahasa itu berpuluh2 bahkan beratus2 orang mengatai kita maka oleh sebab athar daripada sabar itu al-hamdulillah banyaklah kita lihat orang yang mengelakkan kita dahulu itu sekarang telah menjadi ucapannya perkataan itu dan menjadi basahan pada sekalian mereka itu ada pun sebab kedatangan sabar itu pada kita kerana telah kita ketahuilah perumpamaan orang berapa tinggi terbang bangau akhirnya ke paya juga dan lagi seperti sekalian teguran kita yang ditertawakan orang itu pun tiadalah kita hiraukan dia kerana telah yakinlah kita ada pun ayam beroga itu ke hutan jua maka dari sebab kita berpaut pada kedua perumpamaan itu diamlah kita diperlandasi orang syukur dengan ihsan sekalian langganan kita telah kararlah kita sampai hari ini.

Bahawa sanya janganlah tuan2 salah ambilan pula dan muram jam2 tuan2 yang bagai jam jamsyiah itu sebab kita mengaku menjadi guru itu kerana telah kita ketahui ada pun alam ini semakin lama makin luas dan pada zaman perbekala kalau seseorang telah uzur matanya maka hilanglah penglihatannya maka sekarang telah banyak cermin mata terkedai di seagenap simpang dapat mereka mengambil bantuannya maka walinya kebanyakan mereka apabila baharu2 tumbuh misainya sentiasa diurut2 tetapi hendaklah diketahuinya oleh kebanyakan urutannya itu kalau2 tergugur kelak akhir u'l-kalam tiadalah kita melakukan perinya sesuatu layang2 itu jikalau terlampau keras tiupan angin ta´ dapat tiada putuslah kelak terajunya akhirnya terjunamlah ia tiada memilih lembah atau paya seperti Nujum ul-Fajar Syamsul Kamar dan Sekola Melayu itu adanya.

Barang istifham kiranya sekalian yang beriri hati ada pun niat kita membuka surat khabar ini bukannya seperti sangka2 kebanyakan mereka yang berhati cemburuan itu kerana hendak menunjokkan kepandaian atau hendak mencerca orang seperti ...... itu -- billahi tidak hanyalah hendak menguliti sekalian yang sudi diperulit itu tetapi jika seseorang tuli tentulah naik radangnya kerana melihatkan bibir si-pengulit itu terkomak-kamik akhirnya oleh sebab kekerasan radangnya itu naiklah sejuk langsung kejang seperti surat2 khabar yang terma`alum itu.

Al-mudda`a seperti yang hendak berlawan2 itu tiadalah kita indahkan sekalian pandai utus yang ada di dalam dunia ini kerana tiap2 tukang itu masing2 ada mempunyai perkakasannya dan dapat diperbentoknya menurut sebarang kehendaknya walakin tinggal kepada yang berkenan atau tidak perbuatannya itu tetapi sebelum melangkah bagi yang demikian itu adalah kita mengingatkan certera kerbau jalang dengan rumpun buluh itu.

Mudah2an jangan kiranya jadi bagai yang demikian itu syahadan sebab pun kita gemar menerima surat2 kiriman di atas bahath atau `itiradh atau pun sesuatu pertengkaran bagai perihal bahasa itu kerana kita hendak mencuci sampah sarap yang terapung di lautan bahasa itu seperti kecuali beberapa banyak orang menjadi basahan mereka akan bahasa lain bangsa yang demikian itu dan ada pula yang setengahnya konon tiada mahu memakai bahasa yang tinggi maka sekaliannya itu semata2 bukannya daripada pelajaran hanyalah turutan kerana sebelum Munshi Mohd. Said membuka Jawi Peranakan ini dan di jalankan oleh Munshi Mohd. Ali itu tiadalah kita lihat pendita2 yang kamil itu memperusahakan diri mereka akan menghidupkan perbahasaan kita yang hampir2 akan lenyap itu dan apabila dihidupkan oleh Munsyi Othman pengarang Jawi Peranakan ini sekalian pendita2 tertawakan dan memperolok2 akan dia akhirnya kita lihat habis sekalian yang mempergelakkan dia itu wa'l-hasil di dasar2 pun telah beroleh faedahnya itu bahkan kepada bangsa Cina pun telah memberi kebajikan jua seperti surat khabar Peranakan yang baharu dikeluarkan oleh baba2 peranakan Cina di sini `ala kulli hal sungguh pun bahasanya itu loghat Melayu Cina tetapi jadilah juga hemmah mereka itu bolehlah jua dikatakan syabas bahawa sanya dapatlah kita katakan ada pun yang membangkitkan asyik mereka itu tiada lain hanyalah Jawi Peranakan ini ......