Sekola Melayu extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Sekola Melayu, 1 Aug 1888

Editorial.

Al-hamdu lillah beribu2 syukurlah dua kalilah bersama2 akhbar ini ditolongi oleh tuan2 terutama pada masa hamba mengeluarkan i`lan hendak mengecapkan akhbar Jawi Peranakan itu kerana ada pun surat khabar itu asalnya semata2 terbit oleh pertolongan tuan2 serta dengan budi bicara dan usaha hamba bahawa sanya pada masa keluar akhbar itu seorang pun daripada tuan2 yang di bawah angin ini belum gerangan mengetahui surat khabar maka dengan seberapa penat lelah serta pula dengan rahim tuan2 telah tetaplah akhbar itu dan apabila telah berhenti daripada pekerjaan itu maka dijalankan pula oleh Munshi Mohd. Said al-marhum itu dan demikian jua ihsan tuan2 itu pun diperlanjutkan juga hingga suatu murat* lamanya syahadan oleh tuladan Jawi Peranakan itu telah jadilah pula dua akhbar Melayu suatu Syamsul Kamar dan suatu Najum ul-Fajar namanya maka oleh tiada pada* gerangan pertolongan tuan sayang kedua2nya tiada mati* amboi telah lenyap wah apabila hamba teringat zaman itu sangatlah temasya rasanya ramai kita di sini dengan surat khabar tambahan pula banyak tuan2 yang bijak gemar bermain2 kalam di dalamnya maka banyaklah pelajaran dan kepandaian kita beroleh olehnya sayang mati* kedua2nya telah fana dan hilang maka sekalian itu pada fikiran hamba sa-mata2 oleh tiada karar belas kasihan tuan2 Al-hamdulillah hamba lihat di dalam Betawi sahaja ada lima surat khabar Melayu maka ke-lima2nya beredar dengan keramaiannya sebab itu haraplah kita kelak diperhubungkan pertolongan tuan2 itu ke atas Sekola Melayu ini kekal selama2nya akan tetapi apabila teringat hamba akan ke-dua2 akhbar yang telah mati itu gementarlah rasanya jari hamba waktu hendak menyuratkan i`lan Sekolah Melayu ini kerana dipalu oleh sering* berdebar2* itu sebab takut hamba kalau2 siapa tahu menjadi kelak seperti ke-dua2nya akhbar itu tiada karar tetapi apabila hamba melihatkan hal Jawi Peranakan pada masa Mohd. Said itu sakit tiada berketentuan keadaannya maka itulah mulanya hamba berniat hendak mengeluarkan suatu surat khabar yang lain oleh takut hamba itu arakian apabila telah mati Munsyi itu sayang hamba lihat makinlah berkacau pula Jawi Peranakan itu sebagai lagi ada pula hamba lihat suatu kenyataan dalam akhbar itu hendak di jual mereka tempat cap itu dan pengarangnya pun seorang nasrani maka dukacita rasanya hamba oleh melihatkan sekalian perkara itu kelak sebagai pula hamba lihat ada dalam jadual pemeriksaan sekolah2 itu ada suatu darjah imtihan membaca surat khabar maka sungguhnya telah yakinlah hamba ada jua tilik rahmat kompeni di atas surat khabar Melayu ini istimewa pula di atas anak2 Melayu tetapi percaya pula hamba lain daripada Mohd. Said al-marhum sukarlah memulihkan Jawi Peranakan dan kalau demikian juga lakunya siapa tahu entah pun menjadi bagai pantun orang -- kalu bagini rupa padiku -- ke barat jua cenderung buahnya bermula oleh sebab sekalian perkara itu gerangan banyak orang meminta pada hamba mengeluarkan suatu akhbar maka hamba pun gagahilah dengan seboleh2nya meminta tuan2 sekalian pun menolong hamba di dalam pekerjaan ini kerana sungguh pun tempatnya mudah pekerjaan ini bahkan sangatlah berat rasanya pada hamba sebab itulah yang terutama hamba pohon dan minta belas kasihan tuan2 pada hal menolongi hamba mendirikan syarat kita dan menyempurnakan kemegahan Melayu kita kerana dengan kuasa rabbul-`alamin pada zaman ini telah bertambah2 kemuliaan bangsa kita itu pertama lihatlah Duli Yang Maha Mulia Tuan Penghulu kita Sultan Johor itu habislah seluruh dunia ini dijalaninya maka gah dan masyhurlah nama kita Melayu ini oleh daulat duli yang maha mulia itu dan yakinlah kita lempah kurnia duli yang maha mulia itu ke atas kita seperti yang telah diperjanjikan oleh yang Maha Mulia Tuan Gabenor kita yang terutama itu hendak menolongi kita dengan mengambil beberapa banyak akhbar ini bagi sekalian sekolah2 Melayu sebagai lagi menerima kasihlah kita teramat sangat akan pemerintah kita kerana belas kasihannya hampir2 sekalian kita telah mengetahui menyurat dan membaca maka berpuluhlah sekolah telah dibangunkan bagi kita sekalian anak Melayu maka oleh yang demikian kita pun samalah pula menumpang jasa kalau2 boleh memberi faedah akhbar ini di dalam sekolah2 Melayu maka sebab itulah kita memperusahakan diri menjadi membantu sekolah Melayu ini tetapi haraplah kita `.f.w tuan2 akan sekalian khilaf salahnya akhbar ini selama dicapkan di atas batu Insha´ Allah Ta`ala dalam tiga atau empat bulan datanglah kelak sekalian perkakasan kita dari Eropah maka pada masa itu berjanjilah kita mempuaskan hati sekalian mutala`ah kita adanya.