Tanjong Penegeri extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Tanjong Penegeri, 17 Jan 1895

Editorial.

Negeri Armenia adalah kebanyakan orang Turki yang tinggal telah mengadakan huru-hara kepada orang2 Armenia. Maka oleh yang demikian Lord Camberley terlalu gusar dan marah kepada Government Turki. Maka orang yang menganiayai dan menyusahkan kepada orang Armenia iaitu orang2 yang di bawah perintah Shaki Bashah. Maka oleh kerana zalim dan kekerasan Shaki Bashah itu menyuruhkan orang2nya membinasa negeri itu dan dengan kerana ini Sultanul-Mu`azzam Turki telah mengangkat Darjah Bashah yang tersebut itu. Dan lagi patutlah ditangkap dan dihukumkan oleh kerajaan kepada Bashah itu -- demikianlah ujar "London Times".

Maka seperti yang diwartakan oleh "London Times" itu tiadalah bersetujuan sekali2 dengan ijtihad kita mengatakan benarnya atau pun percaya di atas perkara itu kerana kita ketahui Yang Maha Mulia Sultan Turki itu tiadalah pernah mencampuri di atas perkara yang sia2 atau pun aniaya. Maka kita percaya yang perbuatan Shaki Bashah itu ta' dapat tiada benar jua adanya.

Dari sebab itu telah dilebihkan pangkat mertabatnya daripada dahulu. Maka mustahil pada akal sultan hendak mengurniai kasihan kepada orang yang zalim! Akan tetapi seperti warta yang dikhabarkan oleh "London Times" itu telah dihantar oleh makatibnya yang di tempat itu dan makatib yang tersebut itu ada jua bersanggit hati gerangan dengan orang2 Turki itu dari sebab itulah dengan ditambah2kan ceritanya telah dihantarkan kepada London Times.

Maka selama2 kita ketahui ada pun London Times itu tiadalah bersetujuan dengan kerajaan Turki ya`ani iri hati. Maka oleh yang demikian apa2 kesah yang disuntingkannya darihal kerajaan Turki itu tiadalah harus dipercayai. Dan lagi akhbar London Times itu telah ditegahkan masuk di dalam ta`aluk Othmaniah.

Maka adalah Sultan Turki yang ada sekarang ini bukanlah seperti Sultan2 yang dahulu itu. Maka di antara kebanyakan raja2 yang di dalam Benua Eropah itu boleh dikata cukuplah sultan itu dengan budi yang baik memerintahkan negerinya.

Maka orang yang tiada mengetahui akan kebesaran sultan itu seperti anjing memasukkan perkhabaran di dalam surat2 khabar.

Maka adakah boleh suatu jari dilindungkan kepada matahari?

Maka perkara itu datangnya daripada orang2 Keristianlah. Dan lagi seperti kata London Times itu Lord Camberly marah konon kepada Government Turki! Maka hairanlah kita memikirkan halnya! Bagaimanakah besarnya dan kuasa yang hendak marah kepada kerajaan Turki itu? Maka sekalian bangsa sedia mengetahui ada pun kunci negeri England itu adalah di tangan Turki.

Sekiranya dibukakan kunci itu dengan sekerlip mata atau senafas sahaja kerajaan Rusia menelan England itu bulat2. Maka oleh kerana itu Queen Victoria pun ada berkasih2 dan bersahabat baik dengan Sultan Turki; tiadalah rupa Lord Camberly itu ketahui di atas sekalian hal perkara ini.