Suara Benar extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Suara Benar, 25 Oct 1932

Editorial.

Melayu selalu Tercicir ke belakang Pekerjaan dan Jawatan F.M.S. Railway

Bermula ditentang bahasa "Melayu selalu tercicir ke belakang" itu memang tidak guna ditarik panjang2 kerana kebaikan orang2 Melayu telah diketahui benar2 akan hal itu dan sekarang cuba kita perhatikan berapa maju anak2 Melayu di dalam pekerjaan dan jawatan F.M.S. Railway. Jikalau kita perhatikan dari keterangan di bawah ini kita dapati bahawa bangsa2 itu jugalah selalu maju. Pertama daripada bangsa2 luar yang banyak bekerja di tempat ini ialah Keling dan Ceylon yang tertinggi sekali bilangan di dalam hampir2 serba-serbi pekerjaan. Keduanya Cina dan ketiganya anak2 bumi Malaya iaitu Melayu menurut report yang telah tertera bahawa adalah orang2 bekerja dalam F.M.S. Railway ini bagi tahun 1931:

Keling : Cina : Melayu :

General Manager Office .. 27 6 8

Chief Accountant Office .. 100 34 43

Traffic Department .. 4114 426 688

Engineering Department .. 4814 109 287

Locomotive . 1545 493 754

Store Department .. 105 19 15

Signal & Telegraph .. 470 27 89

Police Department .. 760 5 157

Health Department .. 99 1 5

Contractor Department .. 499 93 46

Jumlah semuanya 12133 1613 1472

Dari jumlah besar ini kita dapati bangsa Keling itu hampir2 dua belas kali banyaknya daripada bilangan anak2 Melayu kita masih ingat lagi bahawa sedikit tahun dahulu sudah dikemukakan oleh paduka2* pembesar2 Federal Council ditentang kekurangan anak2 Melayu bekerja di dalam pejabat2 dan kilang2 Railway dan dengan sebab itu dibukakan peluang bagi anak2 Melayu menjadi ahli polis demikian juga kepada anak2 Melayu memang terbuka peluang bagi mencari nafkhah di dalam membuat pekerjaan ini akan tetapi bangsa lain itu ada lebih berlumba2 mencari nafkahnya di dalam pekerjaan ini istimewa orang2 Keling dan Ceylon yang terlalu sangat lebat bekerja pada hal keretapi itu dipunyai Kerajaan Melayu dan patut sekali anak2 putera bumi yang banyak bekerja di dalam pekerjaan tanah airnya. Kita harap paduka pembesar2 bagi Majlis Meshuarat Federal patutlah kiranya memperhatikan bagi perihal ini supaya dapat meringgikan bilangan anak2 Melayu yang bekerja di pejabat dan kilang2 Railway.