Saudara extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Saudara, 2 Sep 1940

Editorial.

Policy Kita

Semenjak dari keluaran ini al-hamdu lillah akhbar kita yang dikasihi ramai ini mulai ia menawak* langkahnya ke dalam kawasan usianya yang ketiga belas tahun mutu umur yang tiadalah suatu akhbar yang mana pun yang masih hidup di Malaya pada hari ini yang dapat mendahuluinya. Bertambahnya usia akhbar kita ini bukan sahaja dengan tambahan pada bilangan tahunnya sahaja tetapi adalah bertambah di dalam segala2 hal urusan dan pengelolaan dan juga pada bilangan kali keluarannya akan ditambah pula daripada dua kali seminggu kepada tiga kali mulai daripada 15 haribulan ini insha´ Allah barang disampaikan Tuhan cita2 dan niat yang ikhlas itu daripada tuan2 pengelolaannya yang semenjak 1 haribulan ini.

Selain daripada segala perubahan yang boleh dilihat dengan mata kasar daripada pemandangan tuan2 pembaca akhbar kita yang dikasihi bahkan molek jua kita kemukakan suatu perkara yang layak dan elok juga menjadi pengetahuan kepada tuan2 pembaca sekaliannya bahawa dengan seberapa dapat daya upaya, kita akan jadikan akhbar kita ini ialah sebuah akhbar yang kelak menyukai sekalian pihak pembaca kita yang sesungguhnya hendak menjayakan perasaan yang boleh mengikatkan pertalian muhibbah di antara seorang Islam dengan lainnya di antara penduduk sebuah negeri dengan sebuah negeri yang lain hingga kelak dapatlah kita sekurang2nya membawa suatu perubahan bahawa yang akhbar kita ini sungguh pun diterbitkan di Pulau Pinang iaitu sekeping tanah yang sampai kepada masa ini pun masih tetap hak miliknya kerajaan Kedah. Iaitu sebuah kerajaan Melayu yang mana rajanya itulah sebenar2nya raja P. Pinang kita ini dan ialah salah seorang di antara beberapa raja di tanah Semenanjung dimulaikan sebagai seorang raja daripada tiap2 kita anak2 Melayu walau pun di mana sekali pun tempat tumpah darahnya dan tiadalah sekali2 boleh dengan apa jua jalannya akan mengharuskan kita memakai atau membangkitkan perasaan yang berasing2 atau berdagang2 walau pun di mana kita berada di sepanjang2 tempat di negeri2 Melayu di Tanah Semenanjung kita ini.

Menjadi dengan lain perkataan berertilah polisi akhbar kita mulai daripada keluarannya yang pertama bagi tahun yang ketiga belas ini hingga selanjutnya kita tidak sekali2 akan menghormati apa jua fikiran atau pendirian yang berpuak2 atau yang dijangkakan boleh memecah-belahkan sesama kita kaum Islam selagi kita bersama2 beriman kepada Kitab Allah yang satu iaitu Qur´an ul-karim dan menjadi umat nabi yang satu iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan berqiblat yang satu jua iaitu Ka`batullah, oleh itu tiadalah seyogianya dengan apa jua sebabnya yang kita boleh diharuskan buat memandang di antara sepuak kaum dengan lainnya ada yang terlebih atau terkurang taraf dan haknya, istimewa pula sekalian kita telah bertakluk di bawah panji2 kerajaan Empire British iaitulah raja daripada segala raja2 kita dan dengan tidak silap lagi sekalian kita sekali lagi berpaut menjadi hamba ra`ayat daripada satu kerajaan jua maka selama tiap2 kita masih diaku sah ra`ayat daripada kerajaan yang bernaung di bawah panji2nya sudah tentu sahaja hatta malaikat Jibrail sekali pun ta' akan dapat mengubah taraf dan hak tiap2 kita pada hakikatnya yang sebenar di dalam sebarang perkara apa sekali pun. Bahkan jikalau ada berlaku perbuatan atau pendirian yang semacam itu ta' dapat tiada itulah suatu punca mata air yang kelak mengalirkan racun yang sangat2 berbahaya bagi keselamatan kita dan anak cucu kita di belakang hari manakala berkehendak membuat satu pekerjaan yang berkehendak kepada bantuan bersama2 fikirkanlah wahai kaum.