Khazanah Fathaniyah
BUKU-BUKU KARYA ULAMA
PATANI DAN MELAYU
No.1
Judul: Dhiyaul Murid, Syeikh Daud bin
Abdullah al-Fathani.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Membicarakan tatacara
berzikir menurut Tariqat Syatariyah. Data kitab yang asal. Sejarah perkembangan
Tariqat Syatariyah di Asia Tenggara. Selainnya juga membicarakan riwayat hidup
Syeikh Abdul Mubin al-Fatani, ulama yang menyebar Islam di Pahang. Dengan
lampiran beberapa manuskrip karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani di antara
mengenai Imam Mahdi. 198 halaman.
Keterangan: Transliterasi kitab Dhiyaul
Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid karya Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fathani
No. 2
Judul: Al-’Urwatul Wutsqa, Syeikh Abdus
Shamad al-Falimbani.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Data kitab, penyelidikan
biodata Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dan perkembangan tariqat Samaniyah di
Asia Tenggara, Kandungan transliterasi membicarakan pelbagai aspek Tariqat
Samaniyah yang diajarkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as- Sammani
al-Madani. 248 halaman.
Keterangan: Transliterasi kitab Al-’Urwatul Wutsqa wa Silsilatul Waliyil Atqa;
karya Syeikh Abdul Shamad al-Falimbani.
No. 3
Judul: Hidayatus Salikin, Syeikh Abdus
Shamad al-Falimbani, jilid 1.
Terbitan:
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur,
1996.
Kandungan: Pengenalan data kitab. Kandungan transliterasi menggalakkan
berbagai-bagai amalan berdasarkan Al-Quran, hadis dan pendapat para ulama.
Dilampirkan juga karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang berjudul Zahratul
Murid. 189 halaman.
Keterangan: Tranliterasi kitab Hidayatus Salikin Fisuluki Maslakil Muttaqin
karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani,
No. 4
Judul: Hidayatus Salikin Syeikh Abdus
Shamad al-Falimbani, jilid 2.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala
Lumpur, 1997.
Kandungan: Membicarakan nafsu mahmudah dan madzmumah. Dilampirkan juga
manuskrip Tuhfatul Mursalah bergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdus Shamad
al-Falimbani, Lubabut Tasawuf bergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdur Rauf bin
Ali al-Fansuri dan Fat-hur Rahman oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah
al-Banjari. 271 halaman.
Keterangan: Transliterasi kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin
karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.
No. 5
Judul: Syeikh Abdus Shamad Palembang
Tokoh Shufi dan Jihad Dunia Melayu.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala
Lumpur, 1996.
Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Abdus Shamad Palembang. Dibicarakan juga
tentang Syeikh Syihabuddin dan Syeikh Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani
dan pengenalan beberapa karyanya. 222 halaman.
Keterangan: Merupakan penyelidikan dan
perbahasan secara ilmiyah. Merupakan informasi terlengkap dan terkini mengenai
>ulama Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.
No. 6
Judul: Tafsir Puisi Syeikh Hamzah
Al-Fansuri.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Merupakan transliterasi
puisi karya syeikh Hamzah al-Fansuri dari manuskrip Melayu/Jawi salinan Tuan
Guru Mahmud bin Yusuf Terengganu. Pada bahagian awal dibicarakan riqayat hidup
syeikh Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin as-Sumatra-i dan Abdur Rauf bin Ali
al-Fansuri. Juga dilampirkan manuskrip Melayu/Jawi dan sebuah karga Syeikh
Nuruddin ar-Raniri judul Durarul Faraid. 201 halaman.
Keterangan: Penyelidikan dan perbahasan
ilmiyah, penting untuk kajian sastera klasik Melayu.
No. 7
Judul: Al-Fatawal Fathaniyah Syeikh
Ahmad al-Fathani, jilid 1.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Membicarakan data
penyelidikan kitab yang asal. Soal dan jawab berbagai-bagai permasalahan agama
Islam. Selain membicarakan ‘aqidah dan fiqh juga dapat dikaji jalan pemikiran
bahasa yang dibahas oleh pengarangnya. 221 halaman.
Keterangan: Tranliterasi kitab
Al-Fatawal Fathaniyah karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa
al-Fathani. Terlampir teks asli dalam bentuk Melayu/Jawi.
No. 8
Judul: Al-Fatawal Fathaniyah Syeikh
Ahmad al-Fathani, jilid 2.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, Februari 1997.
Kandungan: Soal dan jawab
berbagai-bagai permasalahan agama Islam, merupakan kelanjutan dari jilid 1.
Selain membicarakan fiqh juga dapat dikaji jalan pemikiran pengarang mengenai
politik, sosiologi dan lain-lainnya. 279 halaman.
Keterangan: Tranliterasi kitab
Al-Fatawal Fathaniyah karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa
al-Fathani. Terlampir teks asli dalam bentuk Melayu/Jawi.
No. 9
Judul:Badai’uz Zuhur Segugus Bunga Nan
Indah Syeikh Ahmad al-Fatani jilid 1.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala
Lumpur, 1997.
Kandungan: Pengenalan data kitab, menanggapi pertikaian pendapat mengenai
bala’ dalam bulan Safar. Kandungan tranliterasi membicarakan berbagai-bagai
jenis amalan dan doa. Terlampir manuskrip asli dalam bentuk tulisan Melayu/Jawi.
236 halaman.
Keterangan: Merupakan transliterasi karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin
Mustafa al-Fathani yang belum pernah diterbitkan.
No. 10
Judul: Badai’uz Zuhur Segugus Bungan
Nan Indah Syeikh Ahmad al-Fatani jilid 2.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala
Lumpur, 1997.
Kandungan: Kelanjutan buku jilid 1, membicarakan berbagai-bagai jenis amalan
dan doa. Dilampirkan juga Segusus Bunga terbitan Matba’ah al-Miriyah, Makkah,
1321 H. 286 halaman.
Keterangan: Merupakan transliterasi karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin
Mustafa al-Fatani yang belum pernah diterbitkan.
No. 11
Judul: Kitab Pengetahuan Bahasa Raja
Ali Haji.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi
oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah membicarakan sejarah ringkas Matba’ah
Al-Ahmadiah Singapura dan Raja Haji Umar bin Raja Al-Ahmadiah Singapura dan Raja
Haji Umar bin Raja Hasan, cucu Raja Ali Haji. Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali
Haji masih dikekalkan dalam tulisan Melayu/Jawi. 483 halaman.
Keterangan: Merupakan kamus bahasa
Melayu yang disebut pada cetakan awal Lughat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga.
Penting untuk kajian bahasa Melayu.
No. 12
Judul: Koleksi Data Syeikh Abdul Qadir
bin Abdur Rahman Al-Fathani.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi
oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah memperkenalkan data kitab-kitab karangan
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, membicarakan sejarah ringkas
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani. Karya-karya Syeikh Abdul Qadir
bin Abdur Rahman al-Fathani yang telah ditemui baik dalam bentuk cetakan atau
pun manuskrip masih dikekalkan dalam tulisan Melayu/Jawi, semuanya dimuat dalam
koleksi ini. 524 halaman.
Keterangan: Bertujuan untuk menyelamatkan semua karangan ulama dan tokoh ini
daripada kemusnahannya. Selain itu sekaligus memperkenalkan peranan ulama silam
dunia Melayu kepada generasi sekarang dan yang akan datang.
No. 13
Judul: Koleksi Data Syeikh Abdur Rahman
Gudang Al-Fathani.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir
Abdullah membicarakan sejarah ringkas Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani yang
telah ditemui baik dalam bentuk cetakan masih dikekalkan dalam tulisan
Melayu/Jawi, semuanya dimuat dalam koleksi ini. 220 halaman.
Keterangan: Bertujuan untuk
menyelamatkan semuanya karangan ulama dan tokoh ini daripada kemusnahannya.
Selain itu sekaligus memperkenalkan peranan ulama silam dunia Melayu kepada
generasi sekarang dan yang akan datang.
No. 14
Judul: Koleksi Data Raja Ali Bin Raja
Muhammad/Tengku Nong: Melibatkan Aktiviti Syarkah Ahmadi & Co. Midai dan
Cawangannya Al-Ahmadiah Sengapura (Bahagian Pertama).
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1417 H/1997
M.
Kandungan: Dalam
tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah membicarakan sejarah
ringkas salah satu jurusan Kerabat Diraja Riau, bermula dari Raja
Abdullah/Marhum Mursyid, Yang Dipertuan Muda Kerajaan Riau-Lingga ke IX hingga
peranan anak cucunya. Yang dipentingkan dalam koleksi ini ialah cucu baginda
bernama Raja Aii/Tengku Selat. Selanjutnya adalah kumpulan surat-surat tulisan
Melayu/Jawi juga terdapat tulisan Latin/Rumi antara Raja Ali/Tengku Selat
timbalbalik dengan pihak lainnya. Surat penyelidikan syarikat perniagaan yang
dikelolanya baik pusatnya di Pualai Midai mau pun cawangannya di Singapura. Juga
penting untuk kajian aktiviti Kerabat Johor, Selangor, Pahang, Terengganu dan
lain-lain sesudah kejatuhannya tahun 1911 M. Ukuran/Tebal: Menggunakan ukuran
lebar kerana mengikut saiz surat-surat yang paling lebar pada zamanya, 259
halaman.
Keterangan:
Bertujuan untuk menyelamatkan dokumen tokoh ini daripada kemusnahanya. Selain
itu sekaligus memperkenalkan peranan tokoh dunia Melayu kepada generasi sekarang
dan yang akan datang. Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak sangat
terbatas, hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu
saja.
No. 15
Judul: Koleksi Data Pulau Tujuh
Kepulauan Riau (Bahagian Pertama).
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala
Lumpur, 1417 H/1997 M.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullahy
merupakan keterangan ringkas keseluruhan kandungannya. Terdapat beberapa contoh
surat saham dan lambang/logo beberapa perusahaan bangsa Melayu dan Islam
peringkat awal seperti Natoena & Co. Sedanau tahun 1318 H/1900 M, Tarempa
Syarikat tahun 1333 H/1915 M, Ahmadi & Co. Midai 1333 H/195 M, dan
lain-lain. Peraturan Perjanjian Tarempa Sharkah tahun 1913 M. Surat-surat
keputusan Mahkamah Midai yang ditandatangani oleh Raja Haji Ahmad bin Raja Haji
Umar selaku Kepala Midai tahun 1328 H/1911 M, dan tahuhn-tahun berikutnya. Dan
lain-lain informasi/maklumat mengenai Pulau Tujuh, yang terdiri gugusan
kepulauan Jemaja, Siantan, Natuna, terdapat dalam koleksi ini. 343
halaman.
Keterangan:
Bertujuan untuk menyelamatkan dokumen daripada kemusnahannya. Selain itu
sekaligus memperkenalkan peranan tokoh dunia Melayu kepada generasi sekarang dan
yang akan datang. Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak sangat
terbatas, hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu
saja.
No. 16
Judul: Fatwa Binatang Hidup Dua
Alam.
Terbitan: HIZBI
Shah Alam, 1990.
Kandungan: Penyelidikan yang dilakukan saintifik Syeikh Ahmad al-Fathani
terhadap binatang yang hidup dalam dua jenis alam sehingga dapat untuk
menentukan hukum halal atau pun haram dimakan. Dilampirkan juga manuskrip asli
dan bahagian cetakan dalam Al-Fatawal Fathaniyah, Selain dilampirkan riwayat
hidup ringkas Syeikh Ahmad al-Fathani. 60 halaman.
Keterangan: Diubahsuai bahasa lama
dengan yang digunakan sekarang dari naskhah tulisan tangan Syeikh Ahmad
al-Fathani dengan perbandingan yang termaktub dalam Al-Fatawal
Fathaniyah.
No. 17
Judul: Wasiat Abrar Peringatan Akhyar
Syeikh Daud al-Fatani.
Terbitan: HIZBI Shah Alam, 1990.
Kandungan: Membicarakan amalan wirid,
zikir dan lain-lain yang pernah diamalkan oleh Nabi S.A.W, para shalihin, dan
lain-lain. Dengan lampiran dua buah manuskrip judul ini yang telah ditemui. 99
halaman. Keterangan:
Trnsliterasi kitab Washayal Abrar wa Mawa’izhul Akhyar karya Syeikh Daud bin
Abdullah al-Fathani.
No. 18
Judul: Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fatani >Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara.
Terbitan: HIZBI Shah Alam,
1990.
Kandungan:
Sejarah hidup Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. 174 halaman.
Keterangan: Sudah habis dalam
persediaan, sedang disiapkan cetakan yang kedua dengan tambahan
maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan terbaru.
No. 19
Judul: Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari Pengarang Sabilal Muhtadin.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala
Lumpur, 1990.
Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. 137
halaman.
Keterangan:
Sudah habis dalam persediaan, sedang disiapkan cetakan yang kedua dengan
tambahan maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan terbaru.
No. 20
Judul: Faridatul Faraid Syeikh Ahmad
al-Fathani.
Terbitan:
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Membicarakan sejarah ringkas
ilmu tauhid di Asia Tenggara, gambaran ringkas pengenalan Faridatul Faraid karya
Syeikh Ahmad al-Fathani. Kandungan transliterasi membicarakan ‘aqidah Ahlus
Sunnah wal Jama’ah yang dilengkapi dengan nota-nota yang panjang. Dengan
lampiran salah sebuah edisi cetakan Faridatul Faraid. Terlampir juga tiga judul
manuskrip karya Syeikh Ahmad al-Fatani dalam bahasa Arab, ialah Jumanatut
Tauhid, Munjiyatul ‘Awam dan Minhajus Salam. 272 halaman.
Keterangan: Edisi cetakan 1990 tidak
beredar lagi. Yang diedarkan ialah Cetakan Kedua, 1996, (Edisi Penyempurnaan)
dengan judul lengkap Faridatul Faraid Syeikh Ahmad al-Fathani ‘Aqidah Ahlus
Sunnah wal Jama’ah Yang Sejati.
No. 20
Judul: Faridatul Faraid Syeikh Ahmad
al-Fathani.
Terbitan:
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Membicarakan sejarah ringkas
ilmu tauhid di Asia Tenggara, gambaran ringkas pengenalan Faridatul Faraid karya
Syeikh Ahmad al-Fathani. Kandungan transliterasi membicarakan ‘aqidah Ahlus
Sunnah wal Jama’ah yang dilengkapi dengan nota-nota yang panjang. Dengan
lampiran salah sebuah edisi cetakan Faridatul Faraid. Terlampir juga tiga judul
manuskrip karya Syeikh Ahmad al-Fatani dalam bahasa Arab, ialah Jumanatut
Tauhid, Munjiyatul ‘Awam dan Minhajus Salam. 272 halaman.
Keterangan: Edisi cetakan 1990 tidak
beredar lagi. Yang diedarkan ialah Cetakan Kedua, 1996, (Edisi Penyempurnaan)
dengan judul lengkap Faridatul Faraid Syeikh Ahmad al-Fathani ‘Aqidah Ahlus
Sunnah wal Jama’ah Yang Sejati.
No. 21
Judul: Khazanah Karya Pusaka Asia
Tenggara, jilid 1.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur.
1991 Kandungan: Membicarakan karya-
karya Syeikh Abdur Raud bin Ali al-Fansuri dan karya- karya para ulama lain yang
sezaman dengannya. 207 halaman.
Keterangan: Membahas pelbagai ilmu
Islam terutama tasawuf, aqidah dan fiqh
No. 22
Judul: Khazanah Karya Pusaka Asia
Tenggara, jilid 2.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1991.
Kandungan: Membicarakan karya- karya
Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan karya- karya para ulama lain yang sezaman
dengannya. 192 halaman. Keterangan: Membahas pelbagai ilmu Islam terutama
tasawuf, ‘aqidah dan fiqh
No. 23
Judul: Mun-yatul Muishalli Syeikh Daud
al-Fathani Terbitan: Cetakan pertama Oktober, 1991, Khazanah Fathaniyah, Kuala
Lumpur.
Kandungan:
Pengetahuan sembahyang. 215 halaman.
Keterangan: Transliterasi kitab
Mun-yatul Mushalli karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Cetakan Kedua
1996
No. 24
Judul: Hadiqatul Azhar war Rayahin
Syeikh Ahmad al-Fatani, Edisi Kajian Jilid 1.
Terbitan: Cetakan pertama Khazanah
Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1992.
Kandungan:
Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir
Abdullah membicarakan data kitab hadiqatul Azhar war Rayahin, petikan beberapa
macam pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani masih dikekalkan dalam tulisan
Melayu/Jawi tulisan tangan asli pengarangnya. Terkumpul di dalammya hikayat para
Wali Allah dan >ulama. 213 halaman.
Keterangan:
Sudah habis dalam persediaan, akan diterbitkan dalam
bentuk transliterasi secara keseluruhan kerana kitab ini adalah sebagai contoh
teori takmilah.
No. 25
Judul: Al-’Allamah Syeikh Ahmad
al-Fatani Ahli Fikir Islam dan Dunia Melayu, jilid 1.
Terbitan: Cetakan pertama Khazanah
Fathaniyah, Kuala Lumpur, Januari 1992.
Kandungan:
Sejarah hidup Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain
al-Fatani. Serba ringkas memperkenalkan karya- karya dn petikan sebahagian kecil
pemikirannya baik untuk dunia Melayu mau pun dunia Islam antaabagsa. 220
halaman.
Keterangan:
Sudah habis dalam persediaan, sedang disipkan cetakan yang kedua dengan tambahan
maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan terbaru.
No. 26
Judul: Manhalush Shafi Syeikh Daud
al-Fatani.
Terbitan:Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah dengan kerjasama Imatera
Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Ogos 1992.
Kandungan: Maklumat penyelidikan kitab
Manhalush Shafi, riwayat hidup Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, riwayat
hidup Syeikh Muhammad Zain al-Fathani. Kandungan tranliterasi membicarakan
tasawuf haqiqat peringkat tinggi. Dilampirkan juga Manhalush Shafi salinan
Syeikh Miuhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan dua buah manuskrip karya Syeikh
Daud bin Abdullah al-Fathani yang lainnya. 222 halaman.
Keterangan: Transliterasi dua buah
kitab karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, iaitu Manhalush Shafi fi Bayani
Rumuzi Ahlis Shufi, sebuah kitab tasawuf yang lain tanpa judul, dan sedikit
petikan dari karya beliau berjudul Tuhfatur Raghibin.
No. 27
Judul: Penjelasan Nazham Syair Shufi
Syeikh Ahmad al-Fatani.
Terbitan: Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah dengan kerjasama Imatera
Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, September, 1993.
Kandungan: Membahas syair shufi Syeikh
Ahmad al-Fathani pada menjawab pertanyaan Sultan Kelantan lengkap dengan
lampiran surat, transliterasi dan keterangannya. 231 halaman.
Keterangan: Penting untuk kajian
perkembangan tasawuf/tariqat dan sastera di dunia Melayu.
No. 28
Judul: Koleksi Kertas Kerja Ilmiyah Hj.
Wan Mohd. Shaghir Abdullah Dibentang Dalam Pelbagai Seminar dan Forum (Dari
Tahun 1990 Sampai Tahun 1996).
Terbitan: Terbitan terhad/terbatas
diedarkan hanya berdasarkan permintaan sesiapa yang
memerlukannya:
1. Tiga Zaman Pembentukan Istilah
Ilmu Keislaman Asia Tenggara. Dibentang dalam Persidangan Peristilahan
Antarabangsa ke-ll (Termplan ‘90) pada 20-22 November 1990.
2. Riwayat Hidup Ringkas dan Hasil
Karya Syeikh Daud al-Fatani. Dibentang di Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama’ Peringkat
Kebangsaan Kali ke lV (Syeikh Daud Abdullah al-Fatani) pada 11-13 Jamadilakhir
1412 H/17 - 19 Disember 1991.
3. Sumbangan Syeikh Daud al-Fatani
Kepada Pengajian Fiqh Syafi’ie Di Nusantara. Dibentang dalam seminar yang sama,
seperti tersebut pada angka 2, pada hari yang lain.
4. Khazanah Koleksi Syeikh Ahmad
al-Fatani.Dibentang di Balai Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada Ogos, 1992 dalam
rangka Pesta Buku Kelantan '92.
5. Koleksi Khazanah Manuskrip Pusaka
Syeikh Ahmad al-Fatani. Dibentang dalam Seminar Antarabangsa Koleksi Khas
Pengajian Asia Tenggara 19-21 Jun 1995 anjuran Perpustakaan Tun Seri Lanang
Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Syeikh Ahmad Al-Fatani Ulama dan
Tokoh Persuratan Melayu: Dari zaman klasik ke arah dunia moden. Dibentang dalam
seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu IV, 14-16 Ogos 1995 anjuran Jabatan
Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malayisa dan Dewan Bahasa dan
Pustaka.
7. Penulisan Ulama- ulama Melayu
dalam Kesusasteraan Arab. Dibentang dalam Seminar Balaghah (Retorika), 27
Rabulakhir 1416 H/23 September 1995 M anjuran Jabatan Pengajian Arab &
Tamadun islam, Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
8. Tulisan Melayu/Jawi Ejaan Dalam
Manuskrip dan Cetakan Kitab Suatu Analisis Perbandingan. Dibentang dalam Seminar
dan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu, 3-4 Oktober 1995 anjuran Perpustakaan
Negara Malaysia.
9. Manuskrip Islam Dunia Melayu
Ditinjau dari Pelbagai Peringkat. Dibentang dalam forum jemputan khas anjuran
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 27 September 1995. Kemudian
kertas kerja yang sama dibentang lagi dalam jemputan khas Siri Seminar Jabatan
pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
pada 25 Oktober 1995.
10. Perkembangan Penulisan Hadith
Ulama Asia Tenggara. Dibentang dalam Seminar Antarabangsa pengajian Islam di
Asia Tenggara, 2-23 November 1995 anjuran Fakulti Islam, Universiti Brunei
Darussalam.
11. Pengenalan Ulama Asia Tenggara
Dahulu dan Sekarang. Dibentang dalam Seminar Ulama Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, 23 Syaaban 1416 H/14 Januari 1996 M anjuran Persatuan Ulama Malaysia
Cawangan Wilayah Persekutuan.
12. Peranan Orang -orang Patani di
Dunia Peantauan. Dibentang dalam Seminar Patani anjuran Jabatan Pengajian Arab
& Tamadun Islam dengan kerjasama Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan
Malaysia pada 16 Mac 1996.
13. Pengaruh dan Pemikiran Saiyidina
Ali di Alam Melayu: Satu Analisis Berdasarkan Karya- karya Klasik Melayu.
Dibentang dalam Seminar Khazanah Pemikiran Islam anjuran Info Taiment
Enterprise, 21 Julai 1996 di Kuala Lumpur.
14. Hubungan Ulama’ Patani dan Kedah:
Kekeluargaan, Pertalian Ilmu dan Karya. Dibentangkan Konvensyen Sejarah Negeri
Kedah Darul Aman, 29-30 September 1996, anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Kedah
Darul Aman dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
No. 29
Judul: Koleksi Karya Ilmiyah Hj. Wan
Mohd. Shaghir Abdullah mengenai Fikrah Wawasan Tokoh Dunia Melayu dalam Majalah
Dewan Budaya, Dakwah, Al-Islam dan Kiblat.
Terbitan: Terbitan terhad/terbatas
diedarkan hanya berdasarkan permintaan sesiapa yang memerlukannya. 246
halaman.
Kandungan: Dalam Dewan Budaya Konsep Pemikiran:
Syeikh Ahmad al-Fatani berdasarkan Teks-Taiyibul Ihsan Fi Tibbil
Insan,
Syeikh Ahmad al-Fatani: Sultan,
Politik dan Riau,
Syeikh Ahmad al-Fatani dan
Teknologi Dua Bintang Satu Nama Pengruh Tarekat Naqsyabandiyah di Kerajaan
Riau-Lingga Raja Haji, Raja Ali, dan Gusti Jamiril Tuk Raja Faqih Syeikh
Safiyuddin al-Abbasi Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani: Catatan
Baru
Syeikh Ahmad Khatib Sambas
Syeikh Yusuf Tajul Khalwati
Syeikh
Muhammad Nafis bin Idris al-Banjari
Syeikh Nawawi
al-Bantani - Imam Nawawi Kedua Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani
al-Banjari
Syeikh Ahmad Lingga " Qus Bahasa
Melayu"
Raja Haji Muhammad Tahir Riau: Tokoh
Falakiyah dan Tariqat Naqsyabandiyah Dalam Dakwah Syeikh Abdul Wadir bin Abdur
Rahim Terengganu
Al-Allamah Al-Amil Wa Al-Fadhil
Al-Kamil Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan Al-Kalantani
Tuan Guru Haji Ahmad Al-Kalantani: Sultan Minta Beliau Karang
Kitab Darul Hasan
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur
Rahman Al-Fathani
Syeikh Muhammad Tayib Al-Banjari
Al-Qad-hi
Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad
Al-Idrus (Tokku Melaka)
Tuan Guru Haji Uthman bin
Haji Senik Mufti Kerajaan Pahang Darul Makmur: Guru Mat Kilau
Syeikh Muhammad bin Ismail Daudy Al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik
Al-Fathani)
Syeikh Uthman bin Abdul Wahhab
Sarawak: Dalam Merintis Kecemerlangan Ilmu di Sarawak, Sambas dan
Pontianak.
Haji Muhammad Husein bin Abdul Latif
(Tok Kelaba Al-Fathani): Penyalin Manuskrip Melayu Terbesar di Asia
Tenggara.
Syeikh Muhammad Said Negeri Sembilan:
Mursyid Tariqat Ahmadiyah Idrisiyah.
Syeikh Zainal
Abidin bin Muhammad Al-Fathani: Penyusun Kitab Kasyful Litham Tentang
Cabang-cabang Fiqh Terlengkap Mazhab Syafi’ie id Dunia Melayu
Tuan Guru Haji Muhammad Yasin Kedah: Pengasas Pengajian Pondok
Pertama Kalimantan Barat
Syeikh Wan Sulaiman bin
Wan Siddiq: Syeikhul Islam Kedah Darul Aman Yang Berwibawa
Syeikh Abdur Rasyid Al-Fathani: Syeikhul Islam Kerajaan Negeri
Selangor
Tuan Guru Wan Hasan Besut Guru Keluarga
Raja dan Masyarakat Besut
Syeikh Abdul Malik bin
Abdullah Terengganu (Tok Pulau Manis): Pengkuan dan Bantahan Kitab Syarah Hikam
Melayu Sebagai Karyanya.
Tuan Guru Tok Kenali
Bersama Gurunya ke Mesir: Permasalahan Khilafiah dan Sanggahan Kitab Mujarrab
Sebagai Karyanya.
Syeikh Abdus Shamad bin Muhammad
Shalih (Tuan Tabal): Penyebar Tariqat Ahmadiyah Pertama di Asia
Tenggara.
Syeikh Daud bin Ismail Al-Fathani: Kader
Pentashih Kitab Melayu/Jawi yang Pertama.
Syeikh
Ismail Minangkabau: Guru Intelektual Diraja Riau, Johor dan
Selangor.
Syeikh Abdur Rahman Siddiq: Mufti
Kerajaan Inderagiri Riau.
Sayid Muhammad bin
Saiyid Zainal Abidin Al-’Aidrus: ulama dan Bapa Kesusasteraan Melayu
Terengganu
Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad
Yusuf Raman-Terengganu: Ulama dan Penyalin Pelbagai Manuskrip
Melayu
Syeikh Faqih Jalaluddin Al-Asyi: Generasi
Penyambung Ulama- Ulama Aceh Terkenal
Syeikh
Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Al-Asyi: Pengaruh Bidayatul Hidayah Karyanya
di Dunia Sepanjang Zaman
Syeikh Muhammad Salih
Ar-Rawa: Pengarang Kitab Fathul Mubin
Syeikh
Muhammad Azhari bin Abdullah Al-Falimbani: Generasi Penyambung Ulama- Ulama
Palembang
Tok Bendang Daya ll: Pondok Teramai
Muridnya di Asia Tenggara Abad 19.
Syeikh
Syamsuddin bin Abdullah As-Sumatra-i: Ulama Shufi Pembesar Kerajaan
Aceh
Syeikh Nuruddin Ar-Raniri: Pembangkang Faham
Wihdatul Wujud
Syeikh Abdur Rauf bin Ali
Al-Fansuri: Penyusun Tafsir Quran Pertama Bahasa Melayu
Syeikh Ismail bin Abdul Mutalib Al-Asyi: Ketua Pelajar Melayu
Pertama di Mesir
Syeikh Abbas Kutakarang: Ahli
Astrologi Dunia Melayu
Syeikh Sirajuddin bin
Jalaluddin: Pengrang Kitab Durratun Nakhirah
Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan. Penyebar Tasawuf Islam Metod Tariqat
Syatariah Yang Pertama di Jawa Barat
Mufti Haji
Jamaluddin (Mufti Martapura): Penyusun Kitab Perukunan
Ibnu Syeikh Abdul Mu’thi: Penyusun ilmu Tajwid Pertama Bahasa
Melayu
Megat Sati Ibnu Amir Sulaiman Al-Asyi:
Murid Syeikh Nuruddin Ar-Raniri
Syeikh Miuhammad
Zainuddin As-Sumbawi: Pengarang Kitab Sirajul Huda
Mufti Saiyid Utsman Al-Betawi: Mufti Betawi Yang Paling
Dikenali
Syeikh Muhammad bin Khatib Langien Ulama
Sufi Penyebar Tariqat Syatariyah, Dakwah, Jun 1995/Zulhijah 1415
Syeikh Syihabuddin al-Jawi >Ulama Pengamal Empat Tariqat
Sufiyah, Dakwah, Julai 1995/Muharam 1416
Catatan
Tentang Ulama Banten Syeikh Arsyad Tawil Al-Bantani >Ulama Yang Terlibat
Dalam Jihad di Banten, Dakwah, November 1995 M/Jamadilawal 1416
H.
Syeikh Wan Ali bin Ishaq Al-Fatani Ulama Sufi
Penyebar Tariqat Samaniyah, Dakwah, Disember 1995 M/Jamadilakhir 1416
H.
Syeikh Wan Ali bin Ishaq Al-Fatani Ulama Sufi
Penyebar Tariqat Samaniyah, Dakwah, Disember 1995
M/Jamadilakhir 1416 H. Dalam Al-Islam
Syeikh Abdul Mubin Al-Fathani
Ulama-
Ulama Kader Pondok Pauh Bok
Syeikh Haji Wan
Mustafa Al-Fathani
Syeikh Abdul Lathif bin Mustafa
Al-Fathani: Menggunakan Seni untuk menyebarkan Islam
Wan Muhammad bin Syeikh Safiuddin
Dalam Kiblat (Edisi Melayu/Jawi)
Syeikh Abdul Malik bin Abdullah
Karya Syeikh Muhammad Zain Aceh Yang Terkenal
Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani
Sejarah Fathani Syeikh Daud Al-Fathani
Islam Terawal Masuk Ke Patani
Melayu
Patani Capai Kemajuan Teknologi
Keterangan:
Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak
sangat terbatas, hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu
saja.
No. 30
Judul: Koleksi Karya Ilmiyah Hj. Wan
Mohd. Shaghir Abdullah Mengenai Kitab Melayu/Jawi Dalam Jurnal Dewan Bahasa
1990-1991.
Terbitan: Terbitan terhad/terbatas diedarkan hanya berdasarkan permintaan
sesiapa yang memerlu-lukannya.
Kandungan: Karya- karya Klasik Abad 16:
Bukti Bahsa Melayu Bahasa Ilmu, Februari 1990.
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu:
Meninjau Pemikiran Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatani, Jurnal Dewan
Bahasa, Mac 1990.
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu:
Meninjau Pemikiran Sheikh Nuruddin Ar-Raniri, Mei 1990
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Pemikiran Sheikh Nuruddin
Ar-Raniri, Jun, 1990
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu:
Syeikh Abdul Malik Terengganu, Jurnal Dewan Bahasa, Julai 1990
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Kitab Sabil Al-Muhtadin oleh
Syeikh Miuhammad Arsyad Al-Banjari, Jurnal Dewan Bahasa, Ogos
1990.
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Menkaji Gaya
Bahasa Dalam Kitab Hidayah as-Salikin Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani, Jurnal
Dewan Bahasa, September 1990
Mengkaji Gaya Bahasa
Dalam Kitab Tuhfah Ar-Raghibin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari,
Jurnal Dewan Bahasa, Oktober 1990
Pendokumentasian
Karya- Karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani Yang Belum Pernah Dicetak,
Jurnal Dewan Bahasa, Nombember 1990
Pendokumentasian Karya- karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani
Yang Belum Pernah Dicetak, Jurnal Dewan Bahasa, Disember 1990
Mengkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Furu’ul Masail Syeikh Daud bin
Abdullah al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Januari 1991.
Mengkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Kasyful Litham Syeikh Zainal
Abidin bin Muhammad Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Februari
1991
Mengenal Pelbagai Peristilahan Fekah dan Gaya
Bahasa Dalam Kitab Bughyatut Tullab Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Jurnal
Dewan Bahasa, Mac 1991
Mengkaji Kandungan Kitab
Hidayatul Muta’allim Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa,
April 1991.
Mengkaji Karya Besar Kitab Al-Bahrul
Wafi Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Mei
1991.
Matla’ul Badrain Kitab Fiqhi Yang Termasyhur
di Dunia Melayu Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Jun
1991
Mengenal Kitab Hadiqatul Azhar Syeikh Ahmad
bin Muhammad Zain Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, September
1991.
Warduz Zawahir Kitab usuluddin Yang Terbesar
Dunia Melayu Karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa,
Oktober 1991.
Keterangan: Koleksi ini tidak
dijualbeli kepada umum, dicetak sangat terbatas, hanya untuk pesanan
perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu saja.
Untuk Maklumat Lanjut dan Pesanan,
Sila Hubungi Alamat Berikut:
KHAZANAH
FATHANIYAH
707A, Tingkat Bawah PSN A Sri
Terengganu Blok B
Jalan Sentul
Selatan
51000 Kuala Lumpur
Malaysia.
Tel: 03-4454745, Fax:
03-6883790