Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 21 Aug 1933, p.7

General Article.

Kedai Kita Melayu.

Sebuah kedai duduknya ialah di dalam jajahan Kelang di Kampung Jawa. Kedai ini dipunyai oleh Encik Isnin yang bekerja dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Inilah sebuah kedai Melayu di dalam kampung ini menjual serba-serbi sedikit perkakas-perkakas dapur seperti sayur-sayuran.

Penulis banyak-banyak bergirang hati apabila penulis datang ke kedai itu melihatkan keadaan barang-barang yang dijual oleh Encik Talib, dialah yang menjaga kedai itu dengan cergasnya bolehlah dikatakan seperti Cina-Cina yang berniaga jua.

Tentang harganya pula, sangatlah berpatutan pada masa susah ini. Selama Encik ini membuka kedai di kampung ini, banyaklah anak-anak kampung yang dekat-dekat kedai ini membeli perkakas dapurnya tidaklah pula lagi membeli apa-apa barang di kedai Si Ketam Batu, hanya jika tidak ada di kedai ini.

Ada jua anak-anak kampung berhutang tentang membeli barang-barang untuk menyampaikan cukup bulan, tetapi kebanyakan habis dibayarnya anak-anak kampung yang tidak hendak membeli. Haraplah penulis kepada anak-anak kampung ini datang membeli serba sedikit ini barang-barang untuk kewajipan disebabkan pembeluan Tuan itu, moga-moga berpanjanganlah kedai ini selama-lamanya.

Penutup kata, berharaplah penulis kepada anak-anak kampung ini akan memajukan perniagaan Encik ini moga-moga berpanjangan.

Berbanyak-banyak saya minta maaf kepada Tuan Pengarang Majlis kerana ruangan yang permai ini, serta kepada Tuan Pembaca.

Was-salam.

Port Swettenham. 15.8.33.