Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 20 Aug 1935, p.10

General Article.

Apa kata hartawan-hartawan Melayu Melaka.

Berkenaan dengan menerbitkan sebuah akhbar atau majalah Melaka.

Pada 26 July 35, bilangan kita, telah menulis di Majlis ini berkenaan Melaka dengan akhbar Melayu, tulisan kita itu Tuan di mana telah mengulusnya lebih jauh lagi dan harap Tuan itu kepada kita menarik balik tulisan kita itu yang dikatakan kita khaskan kepada di syarikat guru-guru Melayu, Melaka serta diterangkannya akan kehendak-kehendak syarikat guru-guru itu sekali dan diminta kita perhadapkan kepada hartawan-hartawan dan penganjur-penganjur Melayu di Melaka, terima kasih.

Atas harapan Tuan di mana kita itu kita sendiri menarik balik dengan hati yang ikhlas boleh jadi kita kurang mengerti akan perjalanan syarikat guru-guru itu. Akan tetapi kita pun berharap Tuan kita itu terhadap khas kepada syarikat guru-guru Melayu itu kerana kita ada menyatakan dalam tulisan kita yang lalu itu atas dua tempat yang diharapi tentang mengeluarkan akhbar dan Press Melayu itu.

Pertama kepada hartawan Melayu Melaka dengan jalan modal sendiri atau share seorang sedikit jualan sharenya yang kita cadangkan ialah $5 ataupun kepada syarikat guru-guru Melayu Melaka harap Tuan di mana menarik balik tulisan yang lalu dan jangan berkecil hati.

Berkenaan dengan syor Tuan di mana meminta dengan ihsan ahli anggota yang Muslim Association Melaka itu merundingkan berkenaan dengan akhbar Melayu itu. Jika tidak melangkahi undang-undangnya dan satu jalan yang lebih dekat lagi, ialah dimesyuaratkan hajat itu dengan jualan share, harga satu share $10.00 bayar dua kali pada satu-satu share itu. Maka kita dengan sesuka hati menyokong syor Tuan di mana itu kerana sungguh pun harga satu share itu $10, bukan sebagaimana cadangan kita satu share $5. Hal keadaannya sama jua oleh sebab bayarannya dua kali satu share itu.

Kita sekali lagi mengambil peluang di Majlis ini bersuara kepada orang-orang Melayu Melaka amnya dan khasnya kepada hartawan-hartawan dan penganjur-penganjurnya memikirkan perkara mendirikan sebuah Press dan akhbar Melayu dengan hati kebesaran dan ingatan kasihkan nama dan tanahairnya. Fikiran kita satu pun jadilah untuk membersihkan dan menimbulkan nama orang-orang Melayu Melaka supaya tidaklah tertinggal nama kemajuan Melaka itu di dalam buku tawarikh sahaja.

Mudah-mudahan orang-orang Melayu Melaka akan bangun dari ketidurannya dan tidak lagi mendengarkan dan memakaikan perkataan seseorang sebagaimana Tuan Bintang Melaka menuliskan di Majlis ini sedikit minggu dahulu supaya tidaklah dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Atau dek mendengarkan guruh di langit, air di tempayan habis dicurahkan. Bangunlah orang-orang Melayu Melaka.

Maaf yang mana terkasar.

Salam hormat dari saya,

A.T. Melaka,

25 August 1935.