Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 2 Sep 1935, p.12

General Article.

Kehidupan Anak-anak Muda di Kampung-Kampung.

Apabila seorang ibu telah melahirkan seorang anak laki-laki kemudian dialah ikut secaranya sehingga besar, anak itu agak-agak umurnya enam tahun, diserahkan pula mengaji di sekolah Melayu dan di sebelah petangnya mengaji Quran pula. Di mana rumah Tok-Tok Lebai di tempat-tempat itu. Hal makan minum dan lain-lainnya masih ditanggung kedua ibu bapanya.

Hatta beberapa lama dengan hal yang demikian tamatlah ia kedua-dua jenis pengajian itu, sama ada di sekolah Melayu atau mengaji Quran. Diagakkan umurnya pada masa itu telah menyampaikan dua belas tahun atau lebih-lebih sedikit.

Bahwa pada masa itu, mulailah anak tadi mencari jalan kehidupan dengan berbagai-bagai ikhtiarnya buat memenuhkan maksud untuk hari-hari. Malangnya pula, separuh daripada mereka itu asyik leka dengan ke hulu hilir dan melengung di kedai-kedai kopi pula untuk menghabiskan masanya yang berfaedah itu.

Dari sehari ke sehari, dari sebulan ke sebulan, dan dari setahun ke setahun; umur masih berjalan, tak pernah setapak pun ke belakang. Apabila sampai hadnya pula sudah hendak mencari jodoh ((beristeri)), pada hal wang tiada barang sedikit pun makin sehari semakin kuat godaan nafsunya akan jadi pada masa itu ...?

Bukankah ia hendak menjualkan kepala ibu bapa yang terjual dan terlelong ke Cina dan ke Chetty, kerana hendak mengahwinkan anak-anak yang masih tiada berpekerjaan itu, tetapi ingin beristeri.

Laki-laki lebih susah daripada yang dikatakan itu apabila sudah menanggung nafkah anak isteri kemudian kelak oleh itu hendaklah bersedia terlebih dahulu sebelum kita menempuh laut kehidupan itu.