Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 5 Sep 1932, p.4

General Article.

Cina dirasuk Hantu Meleset.

Seorang Cina Teochew, dahulunya Towkay kedai di Market Street, tetapi kedainya ditutup oleh zaman meleset. Semenjak itu, ia tinggal di High Street. Telah dikatakan bahwa Towkay itu selalu mencacau dirasuk oleh Hantu Meleset!

Entah bagaimana ia pun mencapai sebilah kapak waktu pagi Jumaat kira-kira pukul sembilan, lalu diayung-ayungkannya kapak itu kepada kawan-kawannya yang sama-sama tinggal di rumah itu.

Mereka tentu sahaja ketakutan, tetapi mujur tak sampai dihayunkannya betul-betul. Sejurus lamanya ia pun keluar ke pintu belakang dan berdiri di tengah-tengah lorong belakang yang terus ke ke Client Street, di mana ia telah dikatakan mulai mencubakan kapak itu kepada siapa-siapa yang lalu di situ termasuk seorang perempuan Cina yang sedang mendokong anaknya hingga perempuan itu luka dan kepala anaknya luka juga.

Mujur kejadian itu diketahui oleh seorang mata-mata gelap yang sedang lalu dan dengan pertolongan mata-mata lain ia pun ditangkap.

Sekarang bekas Towkay itu telah dikirim ke District Hospital supaya diperiksa otaknya.