![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majlis, 12 Sep 1932, p.3
Notice.
Perniagaan Telur Ayam Melayu.
Untuk menambah mata pencarian Melayu kampung, suatu syarikat telah dibangunkan dengan pertolongan Pejabat Syarikat itu dinamakan: Cooperative Poultry Products Ltd ((Syarikat Hasil Ayam Bekerja-Kerjasama Limited)).
Dan itulah syarikat yang telah sanggup menerima telur ayam kepada sebuah hotel Eropah yang terbesar di Pulau Pinang sebagaimana kita wartakan dahulu.
Telur-telur ayam itu dikutip di dalam jajahan Kerian dan diurus oleh pegawai-pegawai Melayu syarikat bekerja-kerjasama di Parit Buntar, terangnya orangnya oleh Encik Muhammad Tahir.
Perusahaan telur Kerian itu diluluskan lagi di kota ini dengan pertolongan pejabat syarikat bekerja-kerjasama. Dan sebuah bangku telah disediakan di tengah-tengah Pasar ((Market)) Besar Kuala Lumpur untuk tempat menjual telur ayam baru dan besar dan diaku itu.
Orang-orang Melayu patutlah jangan lupa akan kedai telur ayam bangsanya apabila berkehendakan telur.
Encik Muhammad Ramli bin Haji Muhammad Tahir telah diangkat menjadi wakil penjual telur di sini, bagi Tuan-Tuan putih dan lain-lain.
top |