Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 10 Apr 1934, p.3

Surat Kiriman.

Kasihan Kaum Bangsa Sendiri Ahli-Ahli Pencari Ikan dengan Towkay-Towkay yang Membelinya.

Kepada Tuan Pengarang Warta Malaya,

Tuan,

Sanya pada hari Khamis 15 March 1934, ahli-ahli pencari ikan dengan kehendak Tuhan Rabbiulalamin dapatlah mereka menghasilkan maksud pada membuat perahu dengan ikan dan udang.

Wal-hasil, tiadalah mendatangkan kerugiannya bagi kepenatan usaha mereka pada mencari ikan dan udang pada hari itu. Maka apakala sampai ahli-ahli yang tersebut serta membawa ikan dan udang ke pasar tempat perhimpunan jualan ikan-ikan dan lainnya berbetulan kerani yang jadi tukang timbang akan ikan-ikan dan lainnya tiada di situ, wah! Towkay kita pun apa lagi, samalah bagaimana kata pepatah Melayu, Pucuk dicita, ulam mendatang!

Kemudiannya, Towkay itu pun menimbanglah akan ikan dan udang-udang itu dengan sebarang kehendaknya sahaja, serta pula ahli-ahli pencari ikan dan udang itu tiada mengetahui berkenaan dengan ilmu timbangan itu, pada sedap ajalah Towkay kita!

Kasihannya hamba Allah yang sebegitu penat pada mencari ikan dan udang itu akhirnya terpaksa pengail-pengail itu bergantung kepada belas kasihan Towkay kita! Adakah patut!

Diharap pihak yang ada kekuasaan di dalam bandar Mersing itu menimbangkan hal itu supaya tidak kaum kita terpedaya dan kaum bangsa asing bermaharaja-lela.

Demikianlah dengan beberapa banyak mendahului menuntut maaf kepada tuan-tuan pembaca yang budiman dan yang terutamanya pada Tuan Pengarang W.M. kerana ruangannya yang berbahagia ini adanya.

Pihak yang Melihat dan Tiada Kekuasaan!