Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 23 Apr 1934, p.10

Feature Article.

Towkay Menyambut Sultan Johor.

Duli Yang Maha Mulia Sir Ibrahim Sultan Johor, telah disambut oleh satu jawatan kuasa sambutan yang besar dengan dikibar-kibarkkan bendera-bendera Jepun dan Johor, manakala baginda dengan disertai oleh Sultanah telah tiba di Tokyo dengan keretapi dari Nagoya pada 2 April 1934.

Tatakala baginda turun dari keretapi itu, maka baginda telah disambut oleh Tuan Kuramatsu Kishi, Setiausaha kepada Tuan Kokai Hirawana, Menteri Perkara-Perkara Luar dan Tuan Raita Tomaya, Naib Yang diPertua Persatuan Laut-Laut Selatan, wakil-wakil Pejabat Menteri Perkara-Perkara Luar Negeri, dan lain-lainnya; Miss Taiko Ukabi, anak perempuang yang muda baginda Tuan Tatsu Nitaru Ukabi, Penguasa South Seas Rubber Company, telah mempersembahkan kepada Sultanah satu gubahan bunga rose dan bunga anggerik.

Sekumpulan orang-orang yang menyambut telah berkerumun di keliling manakala baginda kedua telah turun dari keretapi dan kemudian daripada sedikit ucapan-ucapan selamat baginda kedua telah diiringi dari tangga yang khas ke sebuah motorkar yang sedang menanti yang di dalamnya baginda kedua telah di bawah terus ke Imperial Hotel.

Sambutan di Kamari.

"Terlalu banyaknya kamu menyambut kami dengan begitu ria dan begitu murah hati", Sultan itu telah bermadah manakala orang-orang yang baginda telah membuat sahabat di Johor telah berkancing-tangan.

Baginda kedua telah disertai dalam perjalanan dari Nagoya oleh Marquis Tokugawa Tuan Ichiru Masakami, dari Kesatuan Kebun-Kebun Laut-Laut Selatan dan Pendita Tamiji Okutokai, dan Maktab Perniagaan yang kesemuanya telah menyambut akan sultan itu setiba baginda di Kobe pada 26 March. Captain S. Abdullah bin Yahya, Setiausaha dan Mala bin Abdullah, pelayan, telah ada bersama-sama.

Baginda telah singgah di negeri Jepun dalam perangkatan hendak ke England mengikut jalan Amerika Persekutuan itu, ialah kerana hendak melawat beberapa orang sahabat-sahabat yang akrab, tetapi setibanya baginda itu, maka baginda telah harian tentang sambutan yang diberi kepada baginda pada tiap-tiap tempat yang baginda melawat selain daripada sahabat-sahabat. Maka pegawai-pegawai pertahanan dan pegawai-pegawai bandar dan wakil-wakil syarikat yang membuat perniagaan di Johor dan dewan-dewan perniagaan telah menyambut akan baginda di Konsai, dengan beberapa perjamuan dan perangkatan-perangkatan melihat-lihat tempat-tempat.

Menaruh Gemar dan Kemajuan.

Sungguhpun baginda telah ketahui akan tamadun negeri Jepun dan kemajuannya, tetapi manakala baginda tiba di Kobe, baginda telah menaruh gemar dengan tiada terkira-kira lagi akan kebesaran kemajuan negeri Jepun. Baginda telah bermadah bahwa pemandangan-pemandangan negeri Jepun yang molek itu telah mendatangkan ingatan akan satu daripada perlawatan-perlawatan baginda ke selatan France di mana baginda menunjukkan bahwa salji yang baginda merasai di Gipu itu sama seperti di Switzerland.

Perlawatan ke negeri Jepun dan Amerika Persekutuan itu ialah yang pertama sekali. Maka baginda ada mengingatkan perlawatan itu dengan sebuah peti gambar 16 milimeter yang khas yang baginda dan Sultanah telah menggunakan di mana-mana baginda kedua itu berangkat.

Baginda telah gering sedikit tatakala tiba di Tokyo, kerana baginda yang telah diubat dengan berbelah itu belah dikesan oleh musim yang terlalu sejuk dan baginda itulah beristirehat di Imperial Hotel dengan tiada melihat siapa-siapa pun.

Adapun program bagi baginda itu tatakala baginda berada di Tokyo itu ialah seperti berikut: 3 April, menjadi dif-dif kesatuan kebun-kebun laut selatan di satu majlis perjumpaan di Komisaru.

4 April, penghadapan dengan Maharaja pada pukul 10 pagi, menjadi dif jamuan makan tengahari bagi menteri Perkara-Perkara Luar, dif jamuan teh bagi Baron Hajiromon Mitsari dan dif di satu kumpulan wayang bangsawan Kabuki khas oleh kesatuan kebun-kebun laut selatan.

5 April, dif persatuan laut-laut selatan kerana jamuan makan tengahari dan satu perjamuan yang dibelanjai oleh satu persatuan beberapa syarikat yang berhubung dengan laut-laut selatan di Cibayukon.

7 April, dif Purukawo Komai Kaisa kerana satu perlawatan ke Tokyo.

9 April, Memburu itik.

11 April, dif tempat perhentian tentera laut Yukusuka.

Sultan dan Sultanah telah berangkat dari Jepun hendak ke Amerika Persekutuan menerusi Honolulu pada 12 haribulan April.