![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Warta Malaya, 8 Dec 1934, p.7
Surat Kiriman.
Sekolah Inggeris dan Melayu.
Kepada Pengarang Warta Malaya,
Dengan tujuan semata-mata hendak memperhambakan diri kepada bangsa dan tanahair saya dengan beberapa hormat dan takzim, memaklumkan yang saya telah membuka sebuah sekolah Inggeris dan Melayu yang digelar "Anglo-Malay School" dalam Jalan Lembu Road, di antara Syed Alwi Road dengan Diskar Road dan bolehlah dikatakan iaitu sebuah sekolah Inggeris dan Melayu yang pertama sekali dibuka dalam bandar Singapura.
Adapun tujuan yang sebenar bagi sekolah ini ialah hendak memberi pelajaran kepada kanak-kanak Melayu di dalam dua bahasa yang tersebut itu dengan melatih mereka itu dalam ilmu terjemah menerjemah dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, dan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.
Dari sebab itu, berharaplah penulis dengan beribu-ribu harap akan mendapat persetujuan dan bantuan dari tuan-tuan yang sayangkan bangsa dan tanahair di atas pekerjaan yang berfaedah ini mudah-mudahan dibuka oleh Tuhan Rabbiul alamin beberapa pintu kemajuan kepada hambanya. Wasalam.
top |