Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 24 Feb 1934, p.10

Editorial.

Rampaian.

Ahli-ahli langganan adalah dipinta supaya jangan mengirim setem-setem post negeri-negeri Melayu yang bersekutu ataupun setem-setem pos negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu bagi menjadi pembayaran wang langganan mereka kepada akhbar Warta Malaya ini.

Manakala menghantar wang langganan sangatlah diperhargakan kiranya nama ahli langganan itu ditulis dengan terang kiranya boleh dengan huruf rumi sebaik-baiknya.

Oleh kerana pembayaran harga langganan kepada akhbar ini hendaklah dibayar terlebih dahulu, maka ahli-ahli langganan yang gemar hendak membarukan langganan mereka dengan hormatnya dipinta supaya membayarkan pembayaran mereka dengan seberapa segera, kemudian daripada menerima peringatan-peringatan daripada kita atas kehabisan tarikh langganan mereka. Yang demikian ini akan menetapkan diteruskan kiriman akhbar ini kepada mereka itu.

Supaya menyenangkan kiriman harga-harga langganan kepada Warta Malaya kita dengan suka hati menerima beberapa juga bayaran seperti $2 $3 $5 $10 atau lebih dengan genap ringgitnya dan kita akan mendaftarkan nama ahli-ahli langganan itu menurut pembayarannya.

* * *

Perhimpunan Ulamak ialah nama sebuah Kitab Melayu keluaran baru dengan sangat mudah difaham terpetik daripada beberapa buah kitab yang terbilang mengandungi ilmu agama, tauhid dan fikah dalam mazhab Syafii dengan petikan daripada tarikh-tarikh Nabi-Nabi dan pihaknya itu, seperti sembahyang, puasa, zakat, Haji, perkahwinan, dengan apa-apa yang berkenaan dengan dia, sebanyak yang tak dapat tiada dipelajari dan diketahui serta diamalkan.

Maka patut benar tiap-tiap orang kita laki-laki perempuan muda dan tua menyimpan dan membacanya kerana serba-serbi kehendak kita dalam agama ada terkandung di dalamnya dengan tiada payah membongkar beberapa buah kitab lagi serta ada pula di dalamnya peraturan-peraturan sembahyang sunat, tahlil, talqin, doa-doa dan lafaz-lafaz niat.

Kitab ini 150 muka lain tambahan-tambahan gambar-gambar Mekah dan Madinah 8 muka; harga sebuah $1.25 dan belanja post 20 sen, boleh dapat daripada penerbitnya Haji Omar bin Haji Ahmad Syukur, 7 Baghdad Street, Singapura.