Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 2 Mar 1934, p.7

Feature Article.

Orang-Orang Asing diturunkan dalam Malaya.

Kisah di Pantai Timur.

Perkhabaran telah diterima dari Kuantan dimaklumkan darihal penumpang 100 orang-orang Hailam daripada 200 orang yang telah datang dari negeri Cina dengan tiga buah tongkang yang besar dan telah diturunkan di tepi laut sebelah timur pantai negeri Pahang dengan perintah-perintah hendak ditaburkan di seluruh tanah Melayu.

Nampaknya pada hari itu lebih kurang pada waktu senja kala, tiga buah tongkang telah dilihat berlabuh berhampiran dengan satu tempat yang terasing bertentangan dengan satu tempat yang dinamakan Bilik, yang letaknya sedikit lebih kurang di sempadan antara Pahang dan Terengganu.

Pada pagi-pagi esok harinya, lebih kurang 150 orang-orang Hailam telah dihantarkan ke darat dan kebanyakan daripadanya telah menuju masuk ke sempadan Terengganu manakala sekumpulan 25 orang menuju ke Kuantan, dan telah mengambil dua bas serta berlepas hendak ke sebelah dalam negeri Pahang.

Maka pekerjaan yang berani menurunkan orang-orang asing itu dikatakan ialah disebabkan oleh ketegangan undang-undang yang mengalu-alukan orang-orang asing di dalam Malaya. Sungguhpun orang-orang yang telah diturunkan dengan keadaan semacam itu telah dapat menghilangkan diri daripada pegawai-pegawai hasil pihak yang berkuasa pelabuhan dan polis, tetapi nasib mereka itu telah tiada begitu baik. Pada waktu pagi-pagi hari itu yang akhir daripada tiga buah tongkang itu telah dilihat menurunkan muatan manusia manakala yang dua buah lagi itu telah berlayar hilang daripada pemandangan.

Pengail-pengail Melayu telah syakkan hal itu dan pihak polis telah dimaklumkan dan pekerjaan-pekerjaan telah mulai berlaku. Pegawai-pegawai daerah bagi Kuantan telah mengambil langkah dengan Shahbandar, OCPD, dan sepasukan orang-orang polis telah pergi ke tempat itu. Nakhoda tongkang itu dengan segera telah mengangkat sauh dan menaikkan layar dengan membawa sedikit daripada orang-orang asing yang belum lagi diturunkan ke darat itu.

Mengejar di Laut.

Tongkang itu masih ada lagi di dalam laut-laut kawasan dan pegawai daerah itu dengan segera telah mengambil kapal "Lipis" yang sedang ada memunggah muatan di Kuala Kuantan, lalu mengejar. Kemudian daripada satu perbuatan bersungguh-sungguh hendak lari. Maka tongkang itu telah dapat ditahan dan dinaikki dan telah didapati ada di dalamnya lebih kurang 40 orang-orang Hailam. Kira-kira 25 orang daripada mereka itu dikatakan ialah "kenalan-kenalan lama" yang diketahui kepada pihak polis dalam Malaya.

Orang-orang Cina yang didapati itu semuanya telah ditahan dalam tongkang itu manakala tuan punya dan nakhodanya telah dibawa ke kapal "Lipis" di bawah tangkapan dalam sementara itu dengan utusan kawat sekumpulan 25 orang yang telah berlepas pada pagi-pagi hari itu dengan bas yang hendak ke Jerantut itu telah ditangkap dalam perjalanan dan dibawa balik ke Kuantan.

Pihak polis di Terengganu telah dimaklumkan berkenaan dengan kumpulan yang besar itu yang telah masuk ke dalam negeri itu tetapi sehingga ini tiada diketahui apa-apa kiranya kumpulan itu telah dikepung ataupun belum lagi.

Pengawal orang-orang Cina bagi negeri-negeri Melayu yang bersekutu yang telah dimaklumkan darihal itu telah pergi ke Kuantan pada 15 haribulan ini dan telah mengadakan satu siasat yang berkesudahan dengan kelasi-kelasi bagi tongkang itu dihantar ke Singapura supaya dihantar balik ke negeri Cina manakala tuan punya dan nakhoda tongkang itu telah dituduh pada esok harinya dihadapan pengadil di Kuantan dan didenda $500 tiap-tiap seorang.

Disebabkan oleh denda-denda itu telah tiada dibayar, maka tongkang itu telah dirampas.

Adalah percakapkan iaitu seorang tauke yang terkenal di dalam Kuantan telah sanggup hendak memberi pekerjaan kepada satu jumlah orang-orang Hailam itu yang tertentu. Tetapi mereka-mereka yang tiada boleh diberi pekerjaan dan tiada dapat surat-surat kebenaran masuk ke dalam negeri itu akan dihantar balik ke negeri Cina dengan seberapa segera.

Siasat-siasat polis sedang ada berjalan lagi kata penulis Malayan Tribune dari Kuala Lipis bertarikh 27 Februari.