Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 21 Jan 1935, p.10

Feature Article.

Tuntutan Bangsa Asing di Kedah.

Di waktu manakah bangsa asing itu baru diam di Semenanjung ini?

Sambungan.

Sedap hatinya umat Melayu yang berdarah semangat perasaan, tatakala itu apa akan terjadi? Sungguh pun telah dipandang umat Melayu selemah-lemah dan serendah-rendah bangsa, tetapi sebaliknya itu sedang suatu binatang yang tidak berperasaan apakala dipicit atau disakiti sangat pada akhirnya ia akan menggigit, inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran yang sempurna serta mempunyai perasaan!

Patut menjadi menungan kaumku Melayu!

Sebagai yang kita huraikan di atas agaknya jadilah buat menungan kaumku Melayu supaya dari sekarang melayarkan kapal kepada kemajuan dan segala tali temali disiapkan layar yang berwarna dijayai atau dikembangkan hal yang mana kelak supaya menjadikan tidak suatu apa halangan di dalam pelayaran yang telah diketahui bekal menemui ombak haluan yang deras di tengah lautan.

Buat penolak-penolak apa-apa yang terkasar atau kurang sedap di pendengaran telinga Pembaca, kita menuntut keampunan istimewa pula kepada Pengarang yang mulia kerana ruangan akhbarnya yang berharga.

Was-salam serta Selamat Hari Raya dan Tahun Baru!

B.M. Tajam.

17.1.35.