Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 21 Mar 1932, p.4

General Article.

Perniagaan Melayu.

Jika berkehendak pada Kemajuan Negeri Majukanlah Perniagaan Bangsa.

Daripada perkhabaran yang patut dipercayai saya faham bahwa pada akhir bulan March ini akan teradunlah sebuah kedai makan yang secara modern di rumah nombor 87 Batu Road, di Kuala Lumpur, yang dipunyai, dijagai dan dilayani oleh orang-orang Melayu dengan menyandang nama New Selangor Restaurant. Kerana mengambil sempena atas kecemerlangan nama negeri Selangor Darul Ehsan.

Restoran itu khabarnya akan dialati dengan secara alatan yang menyedapkan pemandangan dan dilengkapi dengan berjenis-jenis makanan dan minuman seperti murtabak, mee, beef steak, supaya dan lain-lainnya serta nasi dengan berbagai-bagai macam kari yang mengejarkan liur dan jua bermacam-macam minuman yang tidak termasuk di dalam larangan Islam serta aneka kuih muih.

Oleh kefardhuan restoran baru ke malam wujud ini berbetulan dengan masa orang-orang tengah memikirkan jalan kemajuan dan sedang membincang-bincang faedah perniagaan saya yakin bahwa kezahirannya itu disambut oleh orang-orang Melayu dengan hati yang girang.

Mudah-mudahan kegirangan yang terbit daripada perasaan cinta bangsa itu akan membawa pada menyokong, menolong, membantu dan memajukan perniagaan bangsanya. Kerana adalah kemajuan itu tidak akan hasil ia dengan tangan yang hampa dan dada yang kosong.

Maka akan mengisi akan keduanya itu hendaklah mempunyai syarat ada harta. Maka jalan yang luas bagi mendapatkan harta itu ialah dengan berniaga; yang demikian adalah memajukan perniagaan bangsa itu bermaknalah ia memajukan tanahairnya adanya.

Was-salam.

Rose Kuala Lumpur.