Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 8 Jan 1935, p.2

General Article.

Sajian Fikiran.

Jadi Pelajaran Jua.

Bermacam-macam langkah kemajuan sudah dibuat oleh Orang Melayu di merata-rata tempat dalam Semenanjung Tanah Melayu dalam masa enam tahun ke belakang ini.

Syarikat Membaiki Kehidupan. Syarikat Menjual Kelapa. Syarikat Menjual Telur. Pekan Sehari. Persekutuan. Dan lain-lain.

Sungguh pun setengah daripada perkara yang saya sebutkan itu sudah ada lebih lama, tetapi boleh kata dalam lima enam tahun yang kemudian inilah tampak kemajuannya.

Sebab kehidupan anak Melayu semakin sempit dan terdesak itulah makanya perkara yang memberi guna kepada umat Melayu semakin diusahakan. Kesusahan menjadikan Orang Melayu tahu berikhtiar membaiki kehidupannya. Kita harap umat Melayu semuanya akan menampak kepada perkara-perkara ikhtiar-ikhtiar itu. Dan memandang dengan wajah yang bersih serta hati yang baik.

Kita patut sama-sama mencari lagi apa-apa jalan yang membaiki kaum kita Melayu dalam masa yang ke hadapan ini.

Kita tentu tidak berniat mahu "Susah" melainkan mahu "Selamat". Sama-samalah ikhtiarkan pada membaiki kehidupan umat Melayu Raya.

Sepanjang masa pergantungan kita umat Melayu kepada ketua-ketua kita dan pembesar-pembesar kita pada membantu menyelamatkan segala jalan kehidupan dan keselamatan umat Melayu.

Tuan-Tuan Penulis Melayu.

Terima Kasih patut diberi pangkat kepada Tuan-Tuan Penulis yang sudah pun menuliskan apa-apa fikirannya yang disangkakannya berfaedah kepada kaumnya Melayu.

Adakah patut kita katakan Tuan-Tuan Penulis itu macam burung tiong. Sebenarnya suratkhabar itu kebanyakan tahu menjayakan fikiran sahaja.

Mudah-mudahan dengan sebab bermacam-macam buah fikiran itu, ada berfaedah kepada kaum Melayu.

Barangkali daripada duduk diam untuk mahu bersurat khabar itu lebih baik menulis dan ada suratkhabar-suratkhabar? Apa fikiran saudara-saudaraku Tuan-Tuan Pembaca?

Selagi belum mahu dikatakan kekurangan kita selama itulah kita duduk diam.

Sepatutnya berfikiran dan terus buat; iaitu yang memberi guna pada kaum Melayu buat beransur-ansur.