malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majlis, 28 Jan 1935, p.8
General Article.
Zaman Melayu.
Kemajuan sesuatu umat di dunia ini tidak tinggal begitu sahaja melainkan turun naik ia sebagai harga mentega. Seribu tahun lebih dahulu Rome sebuah kerajaan yang besar dan masyhur di serata dunia. Akan tetapi dewasa ini jaranglah boleh kedengaran kemajuannya, bahkan bertukar pula ialah kepada kerajaan-kerajaan yang lain dalaman boleh dilihat dan didengar perkhabaran sekarang.
Rasanya cukuplah umat Melayu melepaskan peluang dan membebaskan umat-umat lain yang telah mengambil teriak kemajuan dunia ini, sepatutnya mulalah pula kita bergerak dan beresek sama kita sebagai mengajak bersemuafakat mencari masalah supaya boleh kita muncul kemajuan seumpama mereka itu. Sekiranya tidak dapat bersaing, dapat hampir-hampir nak bersaing jadilah buat kenangan kepada tawarikh dunia dan mencari tauladan kepada anak cucu akan datang. Wajib kaum kita berasa malu mengenang record kemajuan bangsa di dunia ini atas apa record Melayu kosong.
Pergerakkan bangsanya umat Melayu patut menaruh hati lebih dahulu ialah perkara membaiki hati, perangai, serta menanamkan perasaan bersatu hati bersama-sama taat dan setia kepada Raja, Tanahair dan Bangsa.
Kerananyalah punca yang boleh mengorek tali kemalasan, kelalaian masuk menyimpul tali dikehendaki.
Sementara tali jerat belum mengena bendera kemegahan belum terdiri sepatutnyalah kita menaruh hati sayang yang bermakna kepada segala bangsa yang berkemajuan di dalam serba alam disekeliling pinggang kita di alam Melayu ini. Buat merungsing ilmu perniagaan, politik, dan sebagainya.
Sementaranya janganlah lekas menzahirkan air muka sebagai hendak menipu mereka itu malahan buatlah tauladan mereka itu juga iaitu dengan lemak manusia dan suara yang lemah lembut dikeluarkannya hinggakan kita tidak sedar perangkap mereka itu telah mengata melainkan tinggallah kita di dalam kesempitan udara makanan berbagai-bagai lagi; maklum sahaja, sudah terkurung.
Ketinggalan Melayu pada serba serbinya dari serendah-rendah hingga setinggi-tinggi jalan kehidupan menuntut ilmu jadi kaki tangan kerajaan kebersihan pakaian dan rumah tangga, tersalah kaum kita patutnya cermin kemajuan yang ramping di hadapan itu jadikan penyuluh badan ini tidak bukan kerana wang ringgit benar, baru bersih pokok pangkal dari hati belaka bahasa mengatakan kemajuan suatu umat itu tahu tersebut hilangkan, tinggalkan perasaaan di ulu zaman dia sekarang zaman kita.
Tetapi hendaklah kuat berani rajin dan usaha pada menghimpit dan menyinggung* kebolehan mereka itu kehendak kita biar kebolehan kita sahaja berlaku pada mana dia rempuh dahulu mata pencarian yang kecil-kecil di kampung-kampung; di tangan mereka itu dengan berbekas sangat supaya kebolehan itu jaya dan boleh melakukan kehendak kita atas mereka itu.
Saya masih percaya kalau dua orang peraih lalu terjerit-jerit mengatakan daging! Daging! Atau lain-lain dagangan seorang daripada bangsa kita dan seorang daripada bangsa mengecap darah pencarian mesti bangsa kita diteriak rakan-rakan Melayu kecuali ada yang tidak difikirkan mereka itu kurang akal! Apakan jadi sekarang kita tidak mau buat begitu belum pun satu suara di kampung-kampung daripada Melayu berjaja dagangan, kecuali yang jauh dari tempat saya. Mengapa hinakah itu?
Begitu pula anak-anak laki-laki dan perempuan yang menuntut ilmu, baik di sekolah-sekolah Melayu atau Inggeris, kucup betul-betul ilmu itu cari jalan supaya nama anak Melayu selalu atas dalam peperiksaan, jangan biarkan zaman perlumbaan itu mengalir pada umat yang sedia maju; buat empangan, buat parit, supaya zaman itu berpindah kepada Melayu.
Kolej Perempuan yang akan dibuka di Melaka itu sebagai tangga yang sulung pada gadis-gadis Melayu merampas zaman Melayu yang jadi ini, dan akan datang, kalanya Kolej Melayu Laki-Laki dan Perempuan telah tersergam sekolah tinggi-tinggi bagi bahasa asing telah terdiri di bandar-bandar yang besar, serta anak Melayu telah mencuba pula peluang itu.
Tentu tidak berkurun-kurun masanya kita ternanti-nanti akan kejayaan Melayu yang termimpi-mimpi siang dan malam di umat Melayu pemerhatian mana rasa terpandang kaki tangan kerajaan menduduki kerusi-kerusi jawatan iklan gedung-gedung Melayu.
Tatakala itu, menarik maknalah ialah kepada zaman ini zaman Melayu di atas satu-satu hajat dan angan-angan seperti suara saya ini patutlah kita menaruh hati yang tidak mudah putus harapan perasaan yang menyangka arti zaman Melayu itu ialah zaman bergoyang-goyang kaki dengan berbagai-bagai gelombang perasaan kesenangan lagi itu layak dibuang sekarang juga!
23 Januari.
top |