Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 21 Jan 1935, p.12

Feature Article.

Tuntutan Bangsa Asing di Kedah.

Di waktu manakah bangsa asing itu baru diam di Semenanjung ini?

Orang yang telah tidak melawan itu jangan dipalu tidak menentu sahaja, malah ada balasnya. Dan harimau yang mengaum dan memekik senantiasa itu tidak akan timbul belangnya atau pun tidak akan menerkam.

Tetapi sebaliknya jaga!

Sebagai kucing yang diam, apakala menerkam ... sedang tikus yang begitu tangkas dibahamnya ((amaran!)).

Kalau kita katakan bangsa asing yang berkedudukan di Semenanjung ini ((kecuali Inggeris)) suatu bangsa yang tidak ada perasaan mengenang budi atau sebagai keadaan akar yang mengelilingi sepohon kayu agaknya tidak bagus dan kurang elok di pendengaran telinga kita, tetapi menilik dan mengenang keadaan mereka itu telah sepatutnya menjadi suatu permusuhan besar di antara umat Melayu yang berhak bagi tanah yang sekeping yang dinamakan Semenanjung Tanah Melayu!

Begitulah baru-baru ini menurut apa yang diperkatakan Pengarang Bumiputera di akhbarnya menerusi telinga kita pada perkeluaran 20 December tahun yang baru lalu, kata mana bangsa asing seperti Cina, Keling dan Nasrani telah mengesyorkan supaya kerajaan Kedah memberi peluang yang secukup-cukupnya bagi mereka buat menjabat atau menjamah pekerjaan di pejabat-pejabat kerajaan di dalam negeri Kedah dengan jalan serupa sahaja dengan anak negeri "Melayu Jati", yang mana telah tentu suatu tanggungan atau pikulan yang berat bagi kerajaan Kedah yang diakui hanya mempunyai penasihat British, sedang beberapa dia anak Melayu luar meminta pekerjaan di sana, tidak diqabulkan, inikan pula suatu bangsa yang tidak kena-mengena ataupun bersangkut paut dengan kerajaan Kedah, suatu perkara yang luar biasa!

Sungguh pun perkara itu belum diakui apa akan berlaku, tetapi dari jauh kita mengibarkan bendera kebangsaan Melayu mengisyaratkan ((menandakan)) jaring tidak mengena! Tidak! Tidak! Barangkali tidak!

Hal yang mana menilik keadaannya kerajaan yang luar biasa pergerakkanya dari kerajaan-kerajaan yang ada di negeri-negeri Melayu kita ini, tetapi wallahualam, terpulanglah bagi kerajaan Kedah. Dan kita sedia menunggu akan ataupun keputusannya, malah kita berani mengatakan kalau ... dikabulkan kelak, akan terjati suatu perkataan yang hebat ataupun tak sopan terkeluar dari hujung mulut Melayu terhadap pada kerajaan Kedah, sehingga telah mendahuluilah kelak mengatakan tidak patut!

Menurut sebagaimana yang telah kita huraikan di atas, peri gerak gerinya bangsa asing itu terhadap pada kita umat Melayu yang tersangatlah agaknya menjadikan pilu sedih di hati jantung tiap-tiap yang masih mempunyai darah semangat bangsa Melayu sedang yang tidak berapa lamanya lagi kita dengan yang telah basi berkulat dikemukakan kembali semula, iaitu permintaan persamaan hak dengan Melayu Semenanjung ini selamanya beradanya Tuan Gabenur yang baru, Sir Shenton Thomas, yang diketahui hal itu berapa masa yang lalu sewaktu Sir Cecil Clementi belum bersara ke Eropah telah diperamkan ((tidak berhasil)). Maka ini pula telah dihempaskan di pendengaran ramai pula.

Bersingsing tangan baju betul-betul bangsa asing itu yang berpengharapan agar mereka memiliki tanah Semenanjung dan sebaliknya bangsa yang berhak Melayu hendak dikambus hidup-hidup melarat-larat seperti suatu bangsa yang tidak berhak yang mana masih dipercayai Melayu lagi masih mempunyai hak yang turun temurun dari nenek moyangnya. Tetapi kerana pemerintah British yang maha adil yang menaungi tanah-tanah Melayu masih mempunyai timbang rasa di atas tiap-tiap suatunya segala perkara ini dapat ditolakkan dan dihindarkannya.

Bukan sekali dua perkara yang semata-mata tidak ia-ia sahaja dikemukakan bangsa asing itu, bahkan barangkali berpuluh ataupun beratus-ratus yang hanya buat menjadi fikiran dan tanggungan bagi umat Melayu dan barangkali juga di pemerintah.

Ingatan itu semuanya barangkali terpaksa juga kita bertanya mengikut sebagaimana kepala rencana di atas; di waktu manakah bangsa asing itu baru diam di Semenanjung ini?

Dikehendaki diam yakni diam dari jerit pekik yang tidak patut dan padannya tidak diam yakni duduk!

Kita berani berkata yang bangsa asing tidak akan tinggal diam lagi kecuali ... malah barangkali juga menjadikan berikhtiar dengan perselisihan yang hebat di antara mereka dengan Melayu, tetapi bukan macam perselisihan di antara Jepun dengan Cina di Timur Jauh yang menggemparkan alam dunia!)). Dan apakala suatunya ((atau bangsa Melayu)) terpelintang mendapat kekalahan barulah menjadikan senang hati mereka dan pada waktu itulah baru diam yang mana sudah tentu tanah Semenanjung Melayu diganti dengan gelaran Semenanjung Cina atau Keling India.

Sebelum perkara itu melarat hingga melampaui batasan terlebih dahululah agaknya dipulangkan kepada pihak yang berkuasa kiranya mengambil berat di atas menanti-nanti atau mengamat-amati caranya sikap bangsa asing itu, terhati pada umat Melayu. Istimewa pula hal itu tidak kurangnya bekal menjadi kurang sedap.

Sambungan.