![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majlis, 28 Jan 1935, p.9
General Article.
Kepandaian Terkubur kerana Kelalaian Kita.
Telah kita ketahui anak-anak yang kita hantarkan ke sekolah Melayu itu sudah tentu kelak anak-anak itu menerima serba jenis pelajaran, pengetahuan, yang diajarkan oleh guru-gurunya seperti tulis menulis, baca membaca, kira mengira, berkebun sayur-sayuran dan anyam-menganyam. Membuat bakul-bakul tempat kertasnya kotor, tempat minit paper, tempat cooler, tempat kain-lain baju dan lain-lain lagi yang tiada dapat disebutkan segala-galanya yang boleh diperbuat oleh anak-anak itu waktu di bangku sekolah lagi.
Di sini patutlah rajanya kita luluskan satu daripada pelajaran anak-anak itu kita kemukakan sama-sama. Kita ketahui tiap-tiap anak yang mendudukki bangku-bangku sekolah itu ialah mulai dari umur 7 atau 8 tahun hingga 10 atau 12 tahun dan selambat-lambatnya 15 tahun, luluslah ia di dalam darjah IV atau V, serta mendapat "Sijil". Maka mulailah anak-anak itu meninggalkan bangku-bangku sekolah dan setengah pada setengahnya ditunggunya lagi di sekolah itu dengan taatnya dapatlah ia menduduki di bangku College di Tanah Melayu pula, bakal menjadi guru kelak.
Tetapi kecualinya yang kebanyakan bangku sekolahnya terpaksalah anak-anak itu mengayun tujuannya dari rumah ke pekan dan dari pekan ke rumah, dengan tiada satu payah koyak kain baju. Tak harus berus kasut. Tak lusuh kopiah. Tak payah mengadakan.
Maka dalam sementara itulah, sekalian kepandaian yang dituntutnya di sekolah dahulu dengan tiada terhadir kita dan anak-anak itu tidak berkubur sama sekali kepandaian pengetahuannya yang tersebut. Dengan begitulah juga umur anak-anak itu pun sudah termasuk ke taman anak-anak modern pulak. Mulailah pula anak-anak itu meluaskan langkahnya dan menjauhkan pandangannya ke taman "jolly" ((tak terubat lagi)), menungkanlah!!!!
Tuan-Tuan Pembaca sedia maklum akan keelokan taman-taman kemodenan di zaman ini tidak terkurang serba jenis jambangan bunga-bunga yang akan menyerbakkan bau-bauan yang beracun yang menghauskan segala otak fikiran, pelajaran, pengetahuan, mereka itu dan kolam-kolam mandi yang akan membasahkan segala kain baju adanya.
Kesopanan mereka kelak, apa mesti kita buat untuk menghidupkan semula kepandaian mereka itu, sebenarnya tiap-tiap keluaran Majlis ini selalu kedapatan mengadakan mesyuarat mukim sana dan sini, dengan dihadiri oleh ahli-ahli mukim serta diketuai Datuk Penghulu, guru-guru sekolah, pegawai-pegawai tanam-tanaman. Kerana tujuan hendak memajukan mukim di atas serba-serbi hal kehidupan kaum seperti bertanam cucuk, membersihkan rumah tangga, dan memelihara hidup-hidupan seperti mana yang telah disyorkan Yang Mulia Engku Penghulu Bidor, yang tertera gambarnya di Majlis yang lalu dan di majalah Tanah Melayu.
Tetapi kita tidak pernah kedapatan satu syor pun di dalam mesyuarat mukim yang diadakan di sana sini itu tentang menghidupkan semula kepandaian anak-anak kita yang tersebut. Ini pun satu mata pencarian kaum tentang pekerjaan tangan, seperti anyam menganyam itu. Pada fikiran kita, sekiranya ahli-ahli mukim serta dibantui ketua-ketua kampung dipaksa anak-anak yang mana telah meninggalkan bangku sekolah bermuafakatlah beramai-ramai diadakan sebuah rumah bangsal dengan belanja kutipan tempat anak-anak itu bekerja menganyam beramai-ramai membuat benda-benda seperti yang tersebut di atas tentang segala perkakasnya seperti rotan halus dan kasar, resam, urat kabung, boleh beramai-ramai anak-anak itu kita suruhkan mencarinya dan yang mana bersangkut dengan pejabat hutan, kita serahkan hal itu ke pengetahuan Datuk Penghulu kita masing-masing tempat, supaya dibawanya pula supaya jangan tergendala kita mencari perkakas yang tersebut.
Agaknya, barang-barang ini jika sudah siap serta dengan cetek perbuatan tentu sekali Tuan-Tuan kedai Melayu kita yang bertaburan di serata tempat itu dengan berbesar hati kelak menerima serta menjualkan barang-barang perbuatan anak-anak bangsanya.
Dengan jalan "Kesempitan" yang patut apa fikiran Tuan-Tuan Pembaca?
Tetapi ampun sepuluh kali ampun, kita tidak berniat sekali-kali hendak mengajar buaya berenang atau menunjukkan kepandaian jauh sekali tinggal lagi kita di zaman ini zaman ingat beringat; itulah memberanikan kita lain tidak.
Had inilah sahaja disudahi dengan menuntut maaf Tuan-Tuan Pembaca dan terima kasih kepada Tuan Pengarang atas ruangannya.
top |