![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majlis, 4 Jul 1935, p.9
General Article.
Idam-Idaman Pertukangan Untuk Melayu.
Dua perkara yang dituliskan ini kalau sudah ada dibuat oleh umat Melayu harap majukan lagi. Sekiranya belum ada hendaknya jadi idam-idami. Oh, kok dah ada jangan terburu-buru membuangi. Tetapi pekerjaan ini moga-moga berkepanjangi. Angin.
Adakah bangsa kita sudah mengambil bahagian di dalam golongan ini? Buat jawapannya terserah kepada pembaca tepuk dada tanya seleralah. Setahu kita, belum ada lagi jikalau ada pun tak mendalamkan pun. Seterusnya benar apa yang kita tuduhkan bermaknalah jenis pertukangan ini sampai gilirannya ke tangan Melayu pada masa yang akhir ini juga, supaya orang-orang Melayu dapat bergambar yang diambil betul-betul oleh tangan bangsa kita iaitu dari mula-mula saat dipetik kerana menangkap suatu gambarnya, sehingga sudah berframe sekali. Tidakkan ia selama-lamanya bergambar kepada Jepun dan Cina sahaja!!
Kita patut bertahan wang dalam perkara ini. Dengan syarat pertukangan ini, dipertahani oleh Melayu Raya hingga semakin terkemuka dengan setegap-tegap perdiriannya, insha Allah.
Bila-bila temasha-temasha ada, kumpulan ramai terjadi, jamuan yang besar berlaku, tukang gambar Jepun atau Cina dengan senyum simpulnya menghadirkan diri kerana nak mengambil gambar. Tetapi di dalam perkumpulan itu hak itu sahaja bukan sikit-sikit sedap lagi si Jepun mengaut wang hendak-hendak pulak mereka mengambil seorang satu Melayu jua yang bersih dan terbongkok!
Kalau perbuatan yang agak penting mendapatnya, patut mengeluh, tapi benda yang begitu kampung diabai-abaikan sahaja, menyalahi pada hukum adatnya sedang terompah pun apa ubahnya tiba-tiba sarungkan saja agaknya. Barangkali berhenti Cina-Cina di merata-rata bandar negeri ini daripada membuatnya tak taulah boleh jadi pakai kaki ayam seumur.
Sudahlah rokok yang disedut isapnya dibeli kasut kilat buat melaram diorder topi kasut kayu yang diseret kerangkang kerongkong itu, tak berbeli jua? Mana nak tahan mau main duit belaka segala-galanya!!
Maka tak dinisbahkan hendak mengalaskan kaki dengan terompah kayu itu buat kita Orang Melayu tak manis membeli lagi masa sekarang, sepatutnya sudah jadi sempadan yang mampat sekali, yang kita semua tidak mau menerima apa-apa pun bendanya dari tangan Malaya, masanya yang sudah kabur-kabur yang dipakai benda makanan perhiasan dan sebagainya.
Keadaan-keadaannya berharapkan daripada bangsa-bangsa dagang belaka, maka baru Orang Melayu dapat terasa setengah-setengahnya lagi pada hari ini.
Mana-mana satu yang boleh kita buat walaupun hodoh, jalankanlah; seperti kasut kayu misalnya, buatlah sendiri, dan tak mengapa sudahnya tak dapat serupa dengan perbuatan si luncai itu.
Apa salahnya untuk dipakai sendiri, moga-moga dapat perhatian yang berat jua adanya.
top |