![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majlis, 25 Jul 1935, p.9
General Article.
Melaka Mesti Mempunyai Suratkhabar Melayu.
Apa fikiran orang-orang Melaka?
Penulis berasa riang hati melihatkan berapa banyak akhbar-akhbar dan majalah-majalah Melayu yang dikeluarkan di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini, terutamanya di Singapura, yang bermacam-macam jenis rupa dan namanya. Tetapi sebaliknya, penulis berdukacita juga kerana negeri penulis sendiri, tiada mempunyai sebuah akhbar atau majalah, malah Press Melayu pun tanahair berjumpa lagi.
Ayuhai! Apakah malangnya negeri Melaka yang telah menimpa ke atas dirinya?
Ya, penulis ingat juga keluaran mendiang Suara Benar yang diterbitkan di Melaka oleh Latifah Press, pada 2 September 1933, dan penhabisan keluarannya ialah pada 28 February 1933, jadi cuma enam bulan sahaja penulis sendiri tak dapat menetapkan akan keberhentiannya itu. Tetapi boleh diagakkan orang-orang kekurangan sokongan daripada pembaca-pembacanya yang memang kehidupannya bergantung kepada pembaca-pembacanya.
Pada sebelum Suara Benar diberhentikan, penulis telah dengar juga khabar-khabar mengatakan Syarikat Guru-Guru Melayu Melaka hendak membelinya. Masanya itu Penolong Nazir Sekolah Melayu Melaka ialah Yang Mulia Raja Nuruddin. Akhirnya siapa sahaja khabar-khabar itu agaknya tak jadilah bersama. Masa itu juga kita ada dengar lagi seorang hartawan Melayu Melaka hendak membelinya. Tetapi itu pun siapa juga yang lekas kaya raya di negeri kita ini.
Pada fikiran penulis, telah sampailah masanya yang orang-orang hartawan Melayu membuka sebuah Press dan mengeluarkan satu akhbar atau majalah yang digemari dengan modal yang bersendirian atau berkongsi seorang sedikit; dengan menjual share-share itu ataupun Syarikat Guru-Guru Melayu Melaka membuka sebuah Press seperti bagaimana akhbar-akhbar yang kita dengan dahulu itu. Kerana jikalau kedua-dua tempat yang diharapkan itu salah satunya tak boleh mendirikan sebuah Press Melayu dan mengeluarkan akhbar atau majalah, barangkali haruslah Melaka tidak akan lekas dapat mengadakan Press dan akhbar kepunyaan Melayu sama-sama lihat!
Apa fikiran Syarikat Guru-Guru Melayu Melaka atau orang-orang hartawan Melaka yang setujukah tidak bagaimana syor-syor penulis itu? Jikalau bersetuju segerakanlah! Penulis sedia membeli sharenya dan sedia mendoakan supaya lekas Melaka mempunyai Press dan nak menyamai dengan lain-lain negeri, tak akan adalah!
Apa fikiran Encik-Encik Dahana, Asmara, Kasturi, Tajam Pensel, Wau Layar, Anak Melaka, dan lain-lain penulis-penulis di Melaka? Sukakah Melaka tak berikhtiar dan berPress Melayu lagi?
Penulis fikir tentu Tuan-Tuan itu semua tak suka jika tak berikhtiar dan berPress Melayu. Dengan sebab itu marilah kita menungkan bersama-sama! Penulis menunggu apa fikiran orang-orang Melaka pula! Maaf! Was-salam.
Julai 1935.
top |