![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majlis, 23 Nov 1935, p.3
General Article.
Tanamkan Perasaan Berniaga Kepada Orang-Orang Melayu.
Perniagaan di Tanah Melayu dipegang oleh bangsa-bangsa asing dengan ikhtiarnya yang dalam dan tajam sudah menjadikan umat Melayu hari ini hati perutnya tak suka berniaga dan takut setakut-takutnya.
Apakah jenis racun yang dipakai oleh bangsa-bangsa kuning itu sampai membencikan orang-orang Melayu kepada dunia perniagaan?
Dan apakah ikhtiar penganjur-penganjur Melayu hendak membangunkan bangsanya daripada terkena doa pembenci itu?
Jawabnya dengan jalan yang halal, inilah tanamkan perasaan berniaga kepada hati orang-orang Melayu. Itulah sejenis perkara yang penting kepada kewajipan seseorang penganjur Melayu kerana kalau menanam pokok, buah-buahan senang sahaja, tetapi* menanamkan hati orang lain supaya bangkit menjadi perasaan diri kita itu bachelor agak ialah sejenis pekerjaan yang berat jua di atas muka dunia ini, kerana masing-masing itu ada mempunyai perasaan bagi dirinya. Katalah dalam Tanah Melayu ini ada 160 orang yang bersifat malukan segala kaum bangsanya curut serba serbi. Tetapi yang lain itu tidak ambil hirau bagaimanakah hendak dipindahkan perasaan malu dua ratus orang itu kepada hati perut Melayu Semenanjung.
Bolehkah jadi dengan jalan membedil sahaja dalam suratkhabar-suratkhabar? Dikecualilah bachelor. Dengan hal ini, bila kita menungkan perjalanan pekan-pekan sehari dan kedai-kedai syarikat Melayu; dapatlah kita hitung tujuannya sejenis biji benih perasaan untuk mengajak orang-orang Melayu kepada sukakan berniaga. Dan semenjak disemaikan benih-benih itu, dapatlah diperhatikan di merata-rata ceruk kampung orang-orang Melayu telah berniaga kecil jadi peraih dan lain-lainnya dengan berkependirian ada yang menunggang lereng, ada yang pakai kandar jalan kaki.
Tetapi berniaga besar masih gerun dan juak lagi.
Bangsa-bangsa asing tak senang hidup berikhtiar mencari air api supaya menderus benih-benih perasaan orang-orang Melayu kepada jalan berniaga itu. Dan penganjur-penganjur Melayu pula jangan lupa menambah suburkan perasaan berniaga. Kepada kaum bangsanya! Bagi penganjuran yang mula-mula ialah pekan sehari, setelah mati pekan sehari atau tak gemar lagi cubalah beramai-ramai membuka kedai syarikat. Setelah dipelajari bermacam-macam ilmu di kedai syarikat itu, membukalah ramai-ramai kedai-kedai kecil, di kampung-kampung dengan modal $30 ke atas atau ke bawah, supaya orang-orang Melayu boleh berhidup dengan pendapatan kedainya masing-masing di kampung-kampung.
Oleh kerana perasaan mahu berniaga itu, payah atau belum terhanyut di perut orang-orang Melayu masing-masing; ada yang mengagak atau menjawab perniagaan itu tidak boleh menghidupkan kepada bangsa Melayu sahaja, dan perniagaan itu suka mengkaya rayakan bangsa lain daripada Melayu.
Wahai kaumku! Perniagaan itu tidak zalim, cubalah dalam masa yang akan datang ini samalah ertinya membukakan atau memperluaskan pencarian orang-orang Melayu di kampung. Kalau kita petik daripada perkataan-perkataan mereka yang telah tinggi perasaannya hari ini, ialah setelah bertingkat-tingkat kebaikan dari setahun ke setahun.
Saya tidak kenal syarikat bekerja-kerjasama terlebih dahulu bila ia datang ke Tanah Melayu dalam fikiran saya satu putar belit hendak menjahanamkan wang-wang saya pada tiap-tiap bulan taruh di rumah lebih baik tetapi selalu benar mendengarkan syarahannya terbuka hati saya meminta menjadi ahli, wang saya semakin banyak hati saya semakin faham terjawab hendak menyelamatkan diri saya kemudian naik fikiran saya fahaman saya yang sudah penuh dalam perut ini tidak berguna kalau tidak dipindahkan kepada kaum bangsa di kampung-kampung lalu mencari jalan menanamkan perasaan itu, hingga ramai orang-orang yang sudah berperasaan jimat seperti saya.
Sekianlah kata seorang daripada sahabat kenalan bachelor dalam satu perjumpaan. Berapa ramai kaum bangsa kita yang tinggi digari perasaannya?
Selain daripada membuat riuh dalam suratkhabar, adakah dipindahkan kepada kaum bangsa di kampung-kampung sendiri?
Perasaan tinggi di hati-hati penganjur itu berharaplah bachelor supaya dipindahkan kepada kaum kita dengan sebaik-baik kepindahannya dengan jalan ditanamkan perasaan itu dari sehari ke setahun supaya menyenangkan kaum bangsa kita di belakang hari.
((Satu daripada jalan-jalannya ialah suratkhabar! Pengarang)).
top |