Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 11 Apr 1931, p.5

Surat Kiriman.

Surat Daripada Pegawai Pelajaran Kerajaan Kelantan.

Saya dapati di dalam Saudara bilangan 123 bertarikh 25.3.31 suatu rencana yang berkepalakan "Bantuan Setia Guru" oleh "Timbalan Saudara Guru", tampaknya beberapa kali telah terbit di dada Saudara rencana yang seumpama ini, dan juga tampaknya Tuan tidak mengetahui benar atau tidakkah segala isi apa yang telah dituliskan oleh penulis-penulisnya itu.

Tentulah rencana yang seumpama itu mendatangkan keburukan di atas nama seseorang pegawai kerajaan dan juga menganggui kerajaan. Oleh yang demikian saya maklumkan ke pengetahuan Tuan jika didapati lagi Saudara menzahirkan rencana-rencana yang seumpama itu pada masa yang akan datang, maka saya bagi pihak kerajaan Kelantan akan menjalankan tuntutan mendakwa di mahkamah kepada mereka-mereka yang menjadi penulis-penulisnya, dan tidak dapat tiada Tuan ((Saudara)) pun tiada akan terlepas daripada terkena kesusahan, istimewa pula saya percaya penulis-penulis yang menghantarkan rencana tersebut tidak memberikan namanya yang sebenar kepada Tuan.

Sekiranya Tuan sudi datang melawat ke Kelantan berjumpa dengan saya, maka saya dengan segala suka hati akan membawa Tuan melawat ke sekolah-sekolah Melayu serta menunjuk dan memberikan beberapa keterangan berkenaan dengan keadaan dan perjalanan sekolah-sekolah Melayu, supaya Tuan sendiri boleh dapat menyaksikan kebenarannya segala apa yang telah dituliskan oleh penulis-penulis rencana itu.

Demikianlah sahaja saya maklumkan bagi pengetahuan Tuan adanya.

Tertulis di Pejabat Pelajaran pada 31 haribulan March 1931.

Sain,

Superintendent Of Education, Kelantan.