Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, Jul 1931, p.??

Surat Kiriman.

Banci Kaum Muda Kaum Tua.

Tuan,

Mendahului saya berbanyak-banyak terima kasih minta dilapangkan kiranya ruangan Tuan yang berharga diuntukkan bagi rencana saya yang tidak seperti ini.

Ialah menyambut makalah Tuan al-Hadi yang berayunan seperti yang tersebut di atas di dalam bilangan 25 tahun 2. Sungguhnya amatlah bersetuju saya huraian syor Tuan yang berharga itu tidak lain balasannya "Terima Kasih Daun Keladi", panjang umur Tuan al-Hadi!

Maka memujilah saya gerak-gerak perasaan yang terbilang itu tidak syak lagi itulah suatu jalan menyumbangkan langkah pergerakan kaum muda yang hendak menyesatkan awam muslimin moga-moga dengan jalan itu boleh diketahui dengan terang berapa bilangan Kaum Muda di Semenanjung ini berpegang kepada al-Quran wa-Sunnah al-Rasul seperti al-salikin al-safiyin al-wahabian. Al-Munaribin supaya diregisterkan nama mereka itu ke dalam buku peringatan yang telah dimeteraikan dengan cap bodoh bangang hati mati hati.

Akan tetapi sebaliknya betapakah hal pula kaum Tuan yang masih bersifat tidak sebulat ikutan ((ittifaq)) pemegangan masing-masing. Tidakkah patut dibanci juga supaya diketahui berapa banyak bilangan satu-satu mazhab seperti Shafii, Hanafi, Hambali, Maliki?

Malahan pula cadang daripada mazhab yang empat itu tidak banyak pecahan menjadi beberapa puak. Tidakkah Tuan ketahui bukan semata-mata berpegang kepada kitab karangan ulama dan ikutan kuit telunjuk Tok Guru, banyak lagi khurafat-khurafat yang terlebih sesat palsunya supaya terang diketahui pasukan kaum yang berpegang kepada ajaran ulama "qaul-ul-din" , qaul-nabiyin , Taqlidiyyan , Kitabiyyin , seperti passport ke syurga, menulis di dahi mayat yang di dalam kubur, tunggu kubur, mengajar orang yang sudah mati dan ...tidakkah ikutnya dan ajaran seumpama itu lebih lagi menyesatkan?

Mengapakah Tuan mendiamkan diri tidak ditunjuk kepada jalan yang hak?

Tujuan syor Tuan yang berharga itu sayang seratus kali sayang terkhabar sedikit kalau-kalau tidak dipersetujukan oleh Superintendent Banci Semenanjung menambah lagi satu ruangan di dalam daftar banci itu -- oh! Kalau tidak dipersetujukan pada fikiran saya, molek Tuan sendiri jadi Superintendent bagi pihak saya mengaku jadi Tukang Banci ((Enumerator)) bila hendak dimulai pekerjaan banci bersedialah saya!

Berhubung dengan hal itu, sukacita saya bentangkan sedikit rundingan berkenaan banci kaum tua! Siapakah pula jadi Superintendent? Tuan sendiri juakah atau dilantik orang yang lain harap diberitahu kerana abang saya A.I. minta jadi tukang Banci Kaum Tua.

Selain dari itu, eloklah juga rasanya saya menerangkan lagi, sebelum ditetapkan haribulan permulaan menbanci oleh Tuan menyatakan dengan terus terang menjawab pertanyaan ((KIV)) Singapura yang keluar di dalam L.B. yang lalu berkehendak makna al-Hadi?

Agaknya al-Hadi nama tuanlah yang dikehendakkan itu!!

Apakah sebab Tuan tidak mau menjawab?

Begitulah natijah alasan Parti Kaum Kolot bila disergah atau disampuk -- diamlah ia! Dengan tersipu-sipu melarikan diri pura-pura tidak mengambil endah apa-apa pertanyaan atau teguran atasnya, ditakuti peleset yang memang ada bertunjang ((jinjing)) itu terlebih kuasa merasuk otak kaum bangsanya daripada [...*]