Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 7 Mar 1931, p.4

Surat Kiriman.

Bagaimana Fikiran Orang Asing Kepada Orang-Orang Melayu.

Sungguh pun negeri Melayu ini katanya dipunyai oleh orang-orang Melayu dan dimiliki oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja atas jagaan orang-orang British, akan tetapi yang mengelokkan dan menghabiskan negeri ini dengan seelok-eloknya perhiasan tentang keramaiannya ialah bangsa saya siapa yang berharap-harap sekarang seumpama orang-orang Melayu juga seperti dikata orang mempunyai haknya.

Saya bererti kata bahwasanya negeri ini jikalau tidak di bawah naungan-naungan bendera British, tidaklah terlihat lagi pada masa sekarang keelokan yang diperbuat oleh British-British itu, seumpama membina pekan-pekan yang besar dan talian kereta-kereta api terus menerus di Tanah Melayu ini, serta menjadi pula Singapura itu bandar yang kesembilan bilangan dunia ini.

Saya tidak harap boleh jadi yang demikian itu jikalau Tanah Melayu ini diperintahi oleh orangnya juga oleh sebab tiada ada sesuatu kekuasaan yang boleh bersanding dengannya.

Dan lagi, katanya negeri Melayu ini sebetulnya bukanlah orang Melayu yang berhak, kerana sudah tahu dahulu-dahulu yang menjadikan negeri ini bertamadun dan meramaikan orangnya ialah kaum saya, jikalau siapa juga tiada percaya, cubalah lihat siapakah yang memiliki gedung-gedung yang gadang-gadang dan kedai-kedai yang berderet-deret itu, bukankah kaum saya yang empunyanya: Orang Melayu apa ada?

Yang demikian bukankan menunjukkan yang kami ini terlebih berhak lagi dari anak-anak negeri ((orang-orang Melayu)) ...

Sambungan akan datang.

Jentayu Timuri.